awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua Staf Markas ATM Azhan Md Othman dilantik PTD ke-31
E-invois Fasa 4, STSDS Fasa 1 bermula esok – LHDN
Rakyat Kelantan boleh mohon lesen mendulang mulai 1 Jan 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
31/05/2022
03:10 MYT
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.3710/3750 berbanding dolar AS daripada 4.3640/3685 pada Isnin. -Gambar fail/Reuters
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS berikutan kekurangan sokongan belian, walaupun terdapat pembetulan dalam indeks dolar AS atau DXY yang merosot lagi kepada 101.367 mata berikutan kedudukan terlebih beli pada masa yang tidak ditentukan, kata seorang penganalisis.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.3710/3750 berbanding dolar AS daripada 4.3640/3685 pada Isnin.
Ketua Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dalam persekitaran dolar AS yang rendah, pasaran masih bimbang mengenai pendirian yang menyokong kadar faedah tinggi oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) dan bank pusat utama lain di seluruh dunia.
"Data inflasi terkini di Jerman, yang meningkat kepada 7.9 peratus pada April daripada 7.4 peratus pada bulan sebelumnya, menunjukkan bahawa Bank Pusat Eropah (ECB) dijangka akan mengurangkan akomodasi dasar monetarinya tidak lama lagi untuk menurunkan inflasi," katanya kepada Bernama.
Berdasarkan prestasi ringgit-dolar AS yang menggalakkan baru-baru ini pada RM4.3663, Mohd Afzanizam menjangka pasangan mata wang itu mungkin bergerak lebih dekat kepada paras sokongan segera pada RM4.34 berikutan mata wang tempatan telah berada dalam kedudukan terlebih jual untuk suatu tempoh.
Ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1914/1948 daripada 3.1940/1976 pada Isnin dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.4100/4134 daripada 3.4289/4327.
Ia naik berbanding pound kepada 5.5123/5173 daripada 5.5192/5248 pada Isnin dan meningkat berbanding euro kepada 4.6966/7009 daripada 4.6978/7027.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan