KUALA LUMPUR: Ringgit terus mencatatkan momentum penurunan sejak minggu lepas untuk dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan pelabur memberi tindak balas terhadap data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang positif yang dikeluarkan minggu lepas, kata penganalisis.
Pada 9.01 pagi, mata wang tempatan merosot kepada 4.4860/4900 berbanding dolar AS daripada 4.4855/4870 pada Jumaat.
Bagaimanapun, menurut Kenanga Research, walaupun laporan pekerjaan AS baik dan jangkaan pasaran mengenai satu lagi kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas oleh Rizab Persekutuan AS (Fed), unit tempatan dijangka diniagakan kukuh pada paras 4.47-4.48 berbanding dolar AS pada minggu ini.
"Ringgit dilihat mendapat manfaat daripada potensi kenaikan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas oleh Bank Negara Malaysia dan jangkaan kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas oleh Bank Pusat Eropah.
"Bagaimanapun, potensi kelembapan dalam eksport China dijangka menjejaskan yuan, memberikan tekanan penurunan terhadap ringgit," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Kenanga Research berkata ringgit merosot berbanding dolar AS pada minggu lepas, sebahagian besarnya berikutan kekurangan pemangkin yang menyokong ringgit dan prospek ekonomi global yang kurang menggalakkan.
"Indeks USD diniagakan pada paras 108.7-109.7 berikutan kenyataan Pengerusi Fed Jerome Powell yang menyokong kadar faedah tinggi dan krisis tenaga di Eropah yang semakin teruk.
"Selain aliran selamat yang berterusan terhadap dolar AS, ringgit terjejas oleh penurunan yuan yang berterusan (sekitar 6.90 setiap dolar AS) berikutan China melanjutkan sekatan pergerakan di bandar Chengdu," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1968/1998 daripada 3.1996/2009 pada Jumaat dan naik berbanding pound kepada 5.1522/1568 daripada 5.1888/1906.
Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 3.1977/2007 daripada 3.1950/1963 sebelum ini, bagaimanapun naik berbanding euro kepada 4.4492/4532 daripada 4.4873/4888 pada Jumaat.
--BERNAMA
TAG: Ringgit, dolar AS, data pekerjaan AS, Jerome Powell
Bernama
Mon Sep 05 2022
Pada 9.01 pagi, mata wang tempatan merosot kepada 4.4860/4900 berbanding dolar AS daripada 4.4855/4870 pada Jumaat. - Gambar fail/BNM
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.
Ringgit terus catat kenaikan berikutan keyakinan meningkat terhadap satu lagi penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4250/4305 berbanding dolar AS daripada .4505/4550 pada Rabu.
Ringgit meningkat selepas minit mesyuarat Fed menunjukkan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4440/4465 berbanding dolar AS daripada 4.4560/4600 pada Selasa.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.