awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa penganjur Olimpik siasat punca kerosakan pingat
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM

Bernama
Bernama
12/12/2024
09:00 MYT
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Pencarian LKpl Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi yang memasuki hari ke-12 masih giat diteruskan. - Gambar fail
PORT DICKSON: Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dihanyutkan arus deras ketika menyeberangi Sungai Merah di Hutan Royal Belum, dekat Gerik, Perak pada 30 Nov lepas.
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata misi pencarian LKpl Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi yang memasuki hari ke-12 masih giat diteruskan dengan kekuatan enam pegawai dan 126 anggota daripada 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), dua Rejimen Renjer Diraja (RDD) dan 22 komando.
"Kebiasaannya misi menyelamat 14 hari, kita akan teruskan operasi ini sehingga komander operasi memutuskan untuk hentikan operasi, sekiranya ada petunjuk baharu, misi diteruskan.
"Operasi mencari anggota di sempadan Sarawak dan Brunei sebelum ini mengambil masa 19 hari, dalam kes ini memasuki hari ke-12," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB) dan Pembubaran MALBATT 850-11 di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini hari ini.
Beliau berkata operasi mencari anggota TDM itu tidak melibatkan agensi keselamatan lain.
TDM sebelum ini memaklumkan dua anggotanya hilang semasa melakukan rondaan dalam Operasi Kota Echo/Foxtrot Siri 6/2024, dipercayai dibawa arus dalam kejadian kepala air kira-kira 8 pagi.
Tujuh anggota lain yang terlibat ditemukan selamat kira-kira 12.30 tengah hari pada hari kejadian, namun Ahmad Zulhilmi serta LKpl Mohd Afandi Jahwin daripada pasukan 21 Komando Kem Sungai Udang, Melaka, hilang. Bagaimanapun, mayat Mohd Afandi dijumpai di tepi sungai kira-kira tiga kilometer dari kedudukan Markas Trup pada 1 Dis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota TDM hilang
#Hutan Royal Belum
#dihanyutkan arus deras
#misi menyelamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan