KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat susulan Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka mengekalkan kadar faedah tidak berubah buat sementara waktu dalam mesyuarat yang akan diadakan pada 2 dan 3 Mei ini.
Beliau berkata ini berdasarkan data Tuntutan Pengangguran Awal AS yang lebih tinggi iaitu 228,000 berbanding jangkaan pada 200,000.
Pada 9.02 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.4000/4050 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Khamis pada 4.3950/4010.
Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data Tuntutan Pengangguran Awal yang lebih tinggi berbanding jangkaan itu menunjukkan pasaran buruh semakin lemah, sejajar dengan Perubahan Pekerjaan ADP yang susut kepada 145,000 pada Februari (Januari: 242,000) .
"Ini nampaknya telah memperkukuh jangkaan berhubung Kadar Dana Fed dalam mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed (FOMC) pada 2 dan 3 Mei.
"Oleh itu, kami menjangkakan dolar-ringgit (USD/MYR) kekal dalam julat RM4.39 hingga RM4.40 hari ini," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata pasaran juga akan memberi tumpuan kepada senarai gaji bukan ladang AS yang akan dikeluarkan malam ini.
Tuntutan Pengangguran Awal adalah penunjuk ekonomi yang dikeluarkan setiap Khamis yang mengukur bilangan orang yang memfailkan insurans pengangguran buat kali pertama pada minggu sebelumnya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.3399/3440 berbanding 3.3465/3514 pada penutupan Khamis serta meningkat berbanding pound British kepada 5.4718/4781 daripada 5.4753/4828.
Ringgit walau bagaimanapun turun berbanding euro kepada 4.8026/8081 daripada 4.7936/8002.
Pada masa yang sama, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang negara Asean.
Mata wang tempatan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 295.00/295.40 daripada 294.70/295.20 ketika ditutup semalam, dan turun berbanding baht Thailand kepada 12.8919/9175 daripada 12.8893/9145.
Ringgit juga susut berbanding peso Filipina kepada 8.08/8.10 daripada 8.07/8.09 namun, tidak berubah berbanding dolar Singapura kepada 3.3065/3105 daripada 3.3065/3113 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 07 2023
Pada 9.02 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.4000/4050 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Khamis pada 4.3950/4010. - Gambar hiasan
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Guna kestabilan politik untuk laksana dasar untungkan rakyat - PM
Perdana Menteri berkata kestabilan politik perlu dimanfaat sebagai ruang untuk melaksanakan dasar yang baik untuk rakyat.
Momentum pengukuhan ringgit dijangka berterusan minggu depan
Ringgit dijangka meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan.
Ringgit paling kukuh berbanding dolar AS di Asia - Rafizi
Ringgit adalah satu-satunya mata wang di Asia yang telah mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat ini, dengan pengukuhan sebanyak 2.16 peratus.
Maybank jangka ringgit naik kepada RM4.60 berbanding dolar AS akhir tahun ini
Maybank Research menjangkakan ringgit lebih kukuh akhir tahun ini pada RM4.60 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Ringgit dibuka tinggi didorong prospek penurunan kadar Fed AS
Ringgit diniagakan tinggi pada Isnin berbanding dolar AS berikutan keyakinan baharu mengenai prospek penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS pada September.
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Kerajaan dan BNM telah dan sedang ambil langkah segera perkukuh ringgit - Kementerian Kewangan
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) telah dan sedang mengambil pelbagai langkah segera untuk memperkukuh nilai ringgit termasuk memastikan pasaran pertukaran asing dalam negara kekal teratur.
Kerajaan terus komited pastikan nilai ringgit terus mengukuh
Kerajaan menegaskan akan terus komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit berada pada tahap lebih baik dan mengukuh, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Kerajaan tiada rancangan tambat ringgit buat masa ini - Menteri
Kerajaan tidak merancang untuk menambat ringgit pada masa ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.