KUALA LUMPUR: Dagangan ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini, dipengaruhi oleh sentimen lemah dengan para pelabur tidak memasuk pasaran sambil menantikan perkembangan politik semasa dalam negara hari ini, kata seorang peniaga.
Pada jam 9 pagi, unit tempatan disebut harga pada 4.2410/2435 berbanding dolar AS daripada 4.2365/2385 pada penutupan Jumaat minggu lepas.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dilaporkan sebagai berkata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman khas hari ini.
Sementara dari sudut yang lebih positif, ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata ringgit mungkin mendapat sokongan daripada kelonggaran sekatan pergerakan terbaharu yang diumumkan pada hari Ahad yang melibatkan 11 sektor ekonomi bagi negeri-negeri dengan sekurang-kurangnya 50 peratus populasi dewasa mereka telah mendapat vaksin lengkap.
"Selain itu, kapasiti kerja untuk sektor seperti pembuatan, pembinaan dan perlombongan telah dibenarkan untuk ditambah menurut peratusan pekerja yang telah mendapat vaksin lengkap," katanya kepada Bernama.
Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama hari ini.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.1292/1313 daripada 3.1187/1207, dan menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.8731/8753 daripada 3.8409/8427 pada Jumaat minggu lepas.
Ringgit lemah berbanding euro kepada 5.0023/0052 daripada 4.9775/9798 dan lega berbanding pound Britain kepada 5.8768/8802 daripada 5.8476/8504 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 16 2021
Pada jam 9 pagi, unit tempatan disebut harga pada 4.2410/2435 berbanding dolar AS.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.
Ringgit terus catat kenaikan berikutan keyakinan meningkat terhadap satu lagi penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4250/4305 berbanding dolar AS daripada .4505/4550 pada Rabu.
Ringgit meningkat selepas minit mesyuarat Fed menunjukkan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4440/4465 berbanding dolar AS daripada 4.4560/4600 pada Selasa.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.