awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
30/03/2018
02:32 MYT
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit kebanyakannya diniagakan tinggi berbanding kelompok mata wang utama. - Gambar fail
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan peningkatan permintaan dalam keadaan dolar AS yang lemah.
Pada 9 pagi ini, ringgit disebut pada 3.8590/8650 daripada 3.8660/8700 sewaktu ditutup pada Khamis.
Menurut Ketua Perdagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes, perkembangan itu menjadi tempoh terbaik bagi para pedagang meneliti kedudukan masing-masing menjelang risiko pada hujung minggu apabila prestasi dolar AS diunjur tidak memberangsangkan seperti dijangkakan.
"Strateginya adalah memantau perkembangan itu sehingga mendapat petunjuk jelas daripada pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) mengenai kadar inflasi negara maju itu sebelum mengambil tindakan seterusnya," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Innes berkata memandangkan ketidaktentuan prestasi mata wang itu, tempoh seminggu ini juga disifatkan menjadi waktu untuk menunggu petunjuk baharu ketika kadar faedah juga dijangka tidak memberi sebarang dorongan terhadap pasaran tukaran asing.
Dalam pada itu, ringgit kebanyakannya diniagakan tinggi berbanding kelompok mata wang utama.
Ia tinggi berbanding dolar Singapura kepada 2.9422/9479 daripada 2.9473/9506 pada Khamis namun lemah berbanding yen Jepun pada 3.6300/6359 daripada 3.6253/6294.
Ringgit meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4080/4180 daripada 5.4375/4443 dan tinggi berbanding euro pada 4.7466/7547 daripada 4.7598/7663.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bisnes
#dolar AS
#ekonomi
#mata wang
#nilai ringgit
#ringgit
#tukaran wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan