awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
18/08/2025
01:50 MYT
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.2050/2260 daripada 4.2085/2155 pada Jumaat lepas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin dalam sentimen berhati-hati mengenai hala tuju kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.
Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.2050/2260 daripada 4.2085/2155 pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, jangkaan penurunan kadar faedah pada September semakin meningkat, dengan Rizab Persekutuan AS dijangka melaksanakan pengurangan kadar faedah pertamanya bagi tahun ini.
"Berdasarkan perbelanjaan pengguna menyumbang lebih dua pertiga daripada ekonomi AS, asas untuk penurunan kadar faedah pada September semakin kuat," katanya kepada Bernama.
Indeks Sentimen Pengguna (CSI) University of Michigan merosot kepada 58.6 mata pada Ogos berbanding 61.7 mata pada bulan sebelumnya. Petunjuk lain seperti Indeks Keadaan Semasa dan Indeks Jangkaan turut mencatatkan penurunan pada Ogos.
"Ini menunjukkan perbelanjaan pengguna dijangka rendah manakala harga lebih tinggi disebabkan tarif import meningkat boleh menjejaskan mereka untuk berbelanja lebih," katanya.
Berdasarkan perkembangan ini, ringgit boleh kembali kepada paras psikologi RM4.20 hari ini.
Tanggapan bahawa Fed mungkin lambat dalam menurunkan kadar faedah dilihat menyebabkan dolar AS rendah dalam tempoh terdekat. Indeks Dolar AS (DXY) berada pada 97.850 mata.
Pada sesi pembukaan hari ini, ringgit tinggi berbanding mata wang utama, bagaimanapun merosot berbanding euro kepada 4.9224/9470 daripada 4.9185/9267 pada Jumaat lepas.
Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.8557/8701 daripada 2.8653/8702 pada Jumaat lepas dan naik berbanding pound kepada 5.6999/7283 daripada 5.7050/7145.
Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding mata wang serantau.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2777/2944 daripada 3.2820/2877 semasa ditutup pada Jumaat lepas dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.9361/13.0091 daripada 12.9760/13.0032.
Mata wang tempatan turut meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.36/7.41 daripada 7.37/7.39 sebelum ini dan hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 260.0/261.4 daripada 260.2/260.8.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#ringgit dibuka tinggi
#kadar faedah Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan