KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka lebih tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini menjelang pengeluaran laporan inflasi Amerika Syarikat untuk bulan Feb minggu ini, kata seorang penganalisis.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.5120/5175 berbanding dolar AS daripada penutupan urus niaga Jumaat pada paras 4.5180/5220.
Ketua Ekonomi, Analisis Pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Harga Pengguna (IHP) inflasi keseluruhan dan teras dijangka meningkat masing-masing 6.0 peratus dan 5.5 peratus pada bulan Feb berbanding 6.4 peratus dan 5.6 peratus pada bulan sebelumnya berdasarkan anggaran konsensus.
"Nampaknya trend disinflasi dijangka berterusan walaupun pada kadar yang lebih perlahan.
"Dari sudut pasaran mata wang, ini akan terus menyokong dolar AS dalam tempoh terdekat kerana ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) akan bermesyuarat minggu depan," katanya kepada Bernama.
Beliau turut menambah gandingan USD/MYR diunjur kekal sekitar RM4.50, dengan tahap rintangan dan sokongan masing-masing pada RM4.5328 dan RM4.4659.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.3574/3620 daripada 3.3038/3070 pada penutup Jumaat, turun berbanding pound Britain kepada 5.4469/4535 daripada 5.4148/4196 sebelumnya dan lemah berbanding euro kepada 4.8193/8251 daripada 4.7823/7865.
Pada masa yang sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.
Mata wang tempatan itu lebih rendah berbanding baht Thailand kepada 12.9842/13.0075 daripada 12.8894/9064 pada Jumaat dan turun berbanding dolar Singapura menjadi 3.3420/3463 daripada 3.3316/3351 sebelumnya.
Bagaimanapun, ia meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 291.90/292.50 daripada 292.30/292.80, manakala tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.19/8.21 daripada 8.19/8.20 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2023
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.5120/5175 berbanding dolar AS daripada penutupan urus niaga Jumaat pada paras 4.5180/5220. -Gambar fail/Reuters
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
AWANI Pagi: Wajarkah asas teknologi AI diajar dalam pendidikan rendah?
Apa rasional di sebalik cadangan memperkenalkan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) di peringkat sekolah rendah? Dr Khadijah Said Hashim, Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM akan berkongsi pandangannya sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya dalam #AWANIPagi
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Gagal capai sasaran, kerajaan tak boleh pandang ringan
Kegagalan Kerajaan untuk mencapai sasaran 30 juta pendaftar menjelang hujung bulan 3 ini harus dijadikan sebagai satu isyarat bahawa masih ada segelintir yang skeptikal tentang sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Arab Saudi dipilih pengerusikan Suruhanjaya Status Wanita (CSW) ke-69
Arab Saudi dipilih sebulat suara pada Rabu untuk mempengerusikan badan wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Suruhanjaya Status Wanita (CSW).
Tokoh Wartawan Negara 2014, meninggal dunia
2014, Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia di kediamannya 2 pagi Jumaat
ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.
Kerajaan dan BNM telah dan sedang ambil langkah segera perkukuh ringgit - Kementerian Kewangan
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) telah dan sedang mengambil pelbagai langkah segera untuk memperkukuh nilai ringgit termasuk memastikan pasaran pertukaran asing dalam negara kekal teratur.
Ringgit rendah susulan suasana enggan ambil risiko
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7270/7320 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 ketika ditutup pada Selasa.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit melanjutkan kenaikan untuk dibuka lebih tinggi pada pagi Selasa apabila dolar AS menurun.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Google Search tidak lagi papar nilai pertukaran mata wang asing ke Ringgit Malaysia
Google Search hanya memberikan pautan ke beberapa laman web yang boleh memberikan perkhidmatan pertukaran mata wang.
Ringgit teruskan peningkatan apabila dibuka tinggi berikutan sokongan belian berterusan
Pada 9 pagi, ringgit menokok kepada 4.7310/7360 berbanding dolar AS daripada 4.7335/7400 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit dibuka mengukuh, diunjur RM4.50 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun
Pada 9 pagi ini, ringgit meningkat kepada 4.7070/7105 berbanding dolar AS daripada paras 4.7335/7400 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit bergerak dalam julat kecil namun ditutup tinggi menjelang keputusan mesyuarat Fed
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7335/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7350/7390 semasa ditutup pada Selasa.
Tindakan secara kolektif diperlukan untuk lindungi ringgit - Bank Negara
Tindakan secara kolektif amat diperlukan untuk melindungi mata wang tempatan ini, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.7335/7400 berbanding dolar AS daripada paras 4.7350/7390, semalam.