KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi pada Khamis dalam keadaan dagangan berhati-hati memandangkan pelabur memantau perkembangan penting termasuk Indeks Harga Pengeluar (IHPR) dan jualan runcit Amerika Syarikat (AS) bagi Februari yang akan dikeluarkan malam ini.
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6820/6865 berbanding dolar AS daripada 4.6845/6878 ketika ditutup pada Rabu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata unjuran konsensus menunjukkan IHPR boleh dikekalkan pada 0.3 peratus bulan ke bulan (Januari 2024: 0.3 peratus) manakala jualan runcit boleh meningkat sebanyak 0.8 peratus bulan ke bulan daripada -0.8 peratus sebelumnya.
"Nampaknya kadar inflasi akan mengambil sedikit masa untuk mencapai dua peratus dan itu telah mengakibatkan kekecewaan dalam sentimen pasaran kerana pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) bertegas untuk membawa kadar inflasi ke arah objektifnya," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata peserta pasaran juga bimbang menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS minggu depan.
Justeru, pasangan dolar AS/ringgit akan terus kekal pada sekitar RM4.68 berikutan sentimen berhati-hati dalam pasaran, katanya.
Sementara itu, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding beberapa mata wang utama.
Mata wang tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.1723/1754 daripada 3.1650/1672 ketika ditutup pada Rabu dan, rendah berbanding pound British kepada 5.9930/5.9987 daripada 5.9840/9878.
Unit domestik turut lemah berbanding euro kepada 5.1263/1312 daripada 5.1164/1197.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara Asean.
Unit tempatan susut berbanding baht Thailand kepada 13.1296/1462 daripada 13.1053/1200 semalam dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.5145/5184 daripada 3.5121/5149.
Walau bagaimanapun, ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.45/8.48 daripada 8.45/8.47 semalam dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 300.5/301.0 daripada 300.7/301.1.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6820/6865 berbanding dolar AS daripada 4.6845/6878 ketika ditutup pada Rabu. - Gambar fail
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Ringgit dibuka tinggi dalam dagangan berhati-hati
Ringgit dibuka tinggi pada Khamis dalam keadaan dagangan berhati-hati.
Ringgit susut berterusan pada 2022 susulan kenaikan agresif kadar faedah AS - BNM
Kadar pertukaran ringgit menyaksikan tempoh penurunan nilai berterusan berbanding dolar AS pada 2022 susulan tindakan Rizab Persekutuan AS menaikkan dasar kadar faedah secara agresif.