KUALA LUMPUR: Nilai ringgit meningkat kembali dan dibuka tinggi berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan Rabu walaupun kebanyakan pelabur masih menantikan lebih banyak petunjuk berhubung rentak inflasi di Amerika Syarikat daripada Indeks Harga Pengguna (CPI) bulan Mac, kata seorang penganalisis.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.4145/4180 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Selasa 4.4160/4210.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peserta pasaran akan menganalisis pandangan mereka mengenai kadar AS berdasarkan kepada data IHP AS.
"Beberapa siri ucapan Rizab Persekutuan minggu ini juga boleh membentuk keyakinan pemain pasaran yang kami fikir akan menyebelahi kepada meningkatkan kadar faedah," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam Tinjauan Ekonomi Dunia (WEO) terbarunya telah menurunkan unjuran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) global mereka untuk 2023 dan 2024, masing-masing kepada 2.8 peratus dan 3.0 peratus.
Menurut Mohd Afzanizam, ini mewakili pengurangan 0.1 mata peratusan daripada unjuran Januari dan ia dikaitkan dengan inflasi yang sangat tinggi, serta kegawatan sektor kewangan baru-baru ini yang boleh menjejaskan senario asas untuk satu penurunan sederhana.
"Bagi ringgit, ia akan terus berada pada sekitar RM4.41 dan RM4.42 hari ini kerana pelabur dijangka kekal terkawal," katanya.
Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali menyusut nilai berbanding euro kepada 4.8224/8262 daripada 4.8196/8251 pada penutup Selasa.
Mata wang tempatan menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.4868/4911 daripada 5.4939/5002 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.3025/3054 berbanding 3.3173/3216 semalam.
Berbanding mata wang Asean, mata wang tempatan didagangkan lebih tinggi.
Ringgit lebih tinggi berbanding peso Filipina pada 8.02/8.04 daripada 8.04/8.06 pada penutup Selasa dan meningkat berbanding dolar Singapura pada 3.3132/3161 daripada 3.3156/3196 semalam.
Mata wang tempatan menokok sedikit berbanding rupiah Indonesia pada 296.50/296.90 daripada 296.6/297.10 pada Selasa dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.8796/8955 daripada 12.8998/9193 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2023
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.4145/4180 berbanding dolar AS daripada kadar penutup Selasa 4.4160/4210. -Reuters
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugut tuduhan edar dadah, miliki senjata tiruan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi mengugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Musk, individu pertama miliki kekayaan lebih AS$400 bilion
Elon Musk menjadi individu pertama yang dianggarkan memiliki kekayaan hingga melebihi AS$400 bilion, lapor Forbes dan Bloomberg. Sebahagian besar kekayaan Musk terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dan syarikat aeroangkasa, SpaceX.
[TERKINI] Gagal teruskan permainan, slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, tidak dapat meneruskan saingan di final Jelajah Dunia BWF apabila menarik diri akibat kecederaan ketika bertemu, Li Shi Feng, sebentar tadi.
Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.
Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.
Ringgit terus catat kenaikan berikutan keyakinan meningkat terhadap satu lagi penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4250/4305 berbanding dolar AS daripada .4505/4550 pada Rabu.
Ringgit meningkat selepas minit mesyuarat Fed menunjukkan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4440/4465 berbanding dolar AS daripada 4.4560/4600 pada Selasa.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.