Skip to main content

Dunia

Parti League Itali harap keputusan pilihan raya AS bantu tamatkan konflik

Parti League Itali menegaskan bahawa kehendak rakyat Amerika mesti dihormati dan difahami kerana pilihan yang dibuat pengundi mencerminkan sebuah demokrasi yang berfungsi.- Foto Parti League Itali
Parti League Itali menegaskan bahawa kehendak rakyat Amerika mesti dihormati dan difahami kerana pilihan yang dibuat pengundi mencerminkan sebuah demokrasi yang berfungsi.- Foto Parti League Itali
Advertisement

MOSCOW: Parti League Itali berharap keputusan pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS) dapat mempercepatkan penamatan konflik bersenjata dan mengembalikan keamanan, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik kenyataan parti itu pada Rabu.

"Kami percaya keputusan pengundian di AS dipengaruhi terutamanya oleh peperangan, ketegangan antarabangsa dan peningkatan kos sara hidup yang kesannya dirasai secara langsung oleh keluarga.

"Kami berharap keputusan pilihan raya ini akan membantu mempercepatkan penamatan konflik dan mengembalikan keamanan," menurut parti yang merupakan sebahagian daripada kerajaan campuran berhaluan kanan tengah Itali itu.

Advertisement

Parti berkenaan turut menegaskan bahawa kehendak rakyat Amerika mesti dihormati dan difahami kerana pilihan yang dibuat pengundi mencerminkan sebuah demokrasi yang berfungsi.

AS mengadakan pilihan raya pertengahan penggal pada 3 Nov bagi memilih 35 senator dan kesemua 435 anggota Dewan Perwakilan, selain pilihan raya badan perundangan negeri dan gabenor di beberapa negeri.

Advertisement

Saluran media utama seperti CNN dan NBC meramalkan Parti Demokrat akan menguasai kedua-dua dewan Kongres.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

Must Watch Video

Advertisement