awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi menjelang pengumuman data inflasi AS

Bernama
Bernama
24/10/2025
02:00 MYT
Ringgit dibuka tinggi menjelang pengumuman data inflasi AS
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2190/2285 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat, menjelang laporang inflasi AS yang akan dikeluarkan malam ini, kata seorang penganalisis.
Pada 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2190/2285 berbanding dolar AS daripada 4.2250/2285 semasa ditutup pada Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata laporan indeks harga pengguna (IHP) AS akan menjadi tumpuan hari ini, ia akan dikeluarkan walaupun penutupan kerajaan AS.
Beliau berkata anggaran konsensus mengunjurkan IHP utama AS akan meningkat sebanyak 3.1 peratus pada September selepas meningkat 2.9 peratus pada Ogos.
"Nampaknya tarif import AS telah mula memberi impak kepada harga barangan dan perkhidmatan dengan kutipan duti Kastam AS telah melonjak 200 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini kepada AS$174 bilion.
"Setakat ini, Indeks Dolar AS (DXY) berlegar sekitar 98 hingga 99 mata. Sehubungan itu, ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar, antara RM4.22 hingga RM4.23 hari ini," katanya kepada Bernama.
Pada pembukaan, ringgit turut diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama.
Unit tempatan naik berbanding pound Britain kepada 5.6227/6353 dariada 5.6395/6442 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.7655/7719 daripada 2.7687/7712 ketika ditutup pada Khamis, bagaimanapun merosot berbanding euro kepada 4.9021/9131 daripada 4.8976/9017.
Dalam pada itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN lain.
Ringgit melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.2491/2570 daripada 3.2513/2542 ketika ditutup pada Khamis dan menokok berbanding peso Filipina kepada 7.20/7.22 daripada 7.21/7.22.
Mata wang tempatan turut menambah berbanding baht Thailand kepada 12.8608/8977 daripada 12.8772/8937 ketika ditutup semalam dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 253.6/254.4 daripada 254.0/254.4.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan