awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
07/10/2024
02:00 MYT
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS
Ringgit mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 272.1/272.9 sejak Jumaat lepas dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.49/7.51 daripada 7.48/7.50 sebelum ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi sedikit pada Isnin dalam persekitaran sentimen lemah berikutan peniaga menilai semula pendirian mereka terhadap kemungkinan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengambil masa lebih lama untuk menurunkan kadar faedah, kata ahli ekonomi.
Pada 8 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.2150/2240 berbanding dolar AS daripada 4.2155/2240 pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) meningkat kepada 102.572 mata. Begitu juga, nota Perbendaharaan AS untuk tempoh dua tahun melonjak 22 mata asas kepada 3.92 peratus.
Beliau berkata peniaga sedang menilai semula pendirian mereka mengenai langkah Rizab Persekutuan AS seterusnya berdasarkan kemungkinan yang tinggi kepada senario pertumbuhan ekonomi lembap tanpa menghadapi risiko kemelesetan dalam masa terdekat.
"Data terkini menunjukkan sokongan yang positif terhadap dolar. Oleh itu, ringgit dijangka mencatatkan penurunan hari ini," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata data terkini AS menunjukkan ekonomi masih berkembang pada kadar yang baik, dengan senarai gaji bukan ladang (NFP) mencatatkan lebih tinggi daripada jangkaan kepada 254,000 pada September daripada 159,000 yang disemak semula pada Ogos berbanding 142,000 sebelum ini.
Kadar pengangguran menurun secara berperingkat kepada 4.1 peratus pada September manakala kadar penyertaan tenaga kerja kekal pada 62.7 peratus selama tiga bulan berturut-turut.
Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama.
Mata wang tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.6239/6337 daripada 4.6484/6578 pada Jumaat lepas. Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8329/8391 daripada 2.8779/8839 sebelum ini dan naik berbanding pound kepada 5.5309/5427 daripada 5.5505/5617.
Mata wang tempatan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.6406/6797 daripada 12.7549/7861, bagaimanapun merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.2301/2373 daripada 3.2489/2557 pada Jumaat lepas.
Ringgit mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 272.1/272.9 sejak Jumaat lepas dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 7.49/7.51 daripada 7.48/7.50 sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dolar AS
#ringgit
#rizab persekutuan
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan