KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka mencecah paras 4.20-4.40 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini memandangkan kemungkinan besar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) akan menurunkan kadar faedahnya berikutan jangkaan kemelesetan ekonomi di negara tersebut.
Pengarah Urusan Capital Dynamics Asset Management Sdn Bhd, Tan Teng Boo berkata langkah menurunkan kadar faedah itu akan membawa impak positif ke atas ringgit dan mata wang lain seperti baht Thai dan rupiah Indonesia serta mata wang negara maju lain seperti yen Jepun.
"Semuanya bergantung kepada keputusan Fed AS dan tidak ada kaitan dengan dasar ekonomi (tempatan) kita.
"Penurunan mata wang dunia ketika ini bukan hanya dirasai oleh ringgit sahaja, tetapi mata wang lain juga termasuk yen Jepun yang menjunam 50 peratus -- yang mana ia merupakan antara mata wang terkukuh satu waktu dahulu," katanya pada taklimat media mengenai pasaran saham bertajuk "Is Investing in Malaysia Still Attractive Now?" di sini, hari ini.
Mengulas mengenai bila kemelesetan di AS itu dijangka berlaku, Tan berkata, ia bergantung kepada perkembangan global yang berlaku sekarang termasuk krisis Laut Merah dan kemarau di Terusan Panama yang menyebabkan harga barangan melonjak naik, yang seterusnya berpotensi meningkatkan inflasi AS.
Menurutnya, petunjuk utama lain seperti data pengangguran, juga menunjukkan pasaran pekerjaan AS masih lagi terhad, yang memberi kesan kepada gaji dan inflasi negara itu.
Selain itu, Indeks Harga Pengguna (IHP) keseluruhan dan teras ditambah dengan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) juga meningkat lebih tinggi daripada jangkaan.
Beliau berkata ringgit terkesan oleh kadar pertukaran nominalnya, tetapi dari segi penilaian, mata wang tempatan ketika ini terkurang nilai.
"Fed AS melakukan perbelanjaan fiskal sangat agresif dengan cara yang sangat tidak bertanggungjawab, dan hutang mereka amat tinggi pada 120 peratus daripada keluaran dalam negara kasar, yang saya fikir adalah yang tertinggi dalam sejarah Amerika sejak Perang Dunia II.
"Jadi, sebagai ekonomi terbesar yang bertindak dengan secara tidak bertanggungjawab, sudah tentunya ia menjejaskan seluruh dunia dan Malaysia sebagai sebuah negara membangun telah (juga) turut terjejas," katanya.
Tan menegaskan bahawa adalah tidak adil untuk menyalahkan kerajaan atas penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS pada ketika ini.
"Ia (sepatutnya) berdasarkan fakta. Untuk menuduh kerajaan sekarang yang menyebabkan ringgit menjadi lemah, saya rasa itu adalah mengarut dan bukan berdasarkan fakta atau analisis, hanya didorong oleh permainan politik," katanya.
Beliau menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) tidak berubah sepanjang tahun ini.
Bagaimanapun, katanya, perbezaan kadar faedah tidak akan selamanya menentukan kadar mata wang, kerana petunjuk yang perlu dilihat dalam menentukan hala tuju jangka panjang mata wang sepatutnya faktor-faktor struktur.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024
Tan berkata langkah menurunkan kadar faedah itu akan membawa impak positif ke atas ringgit dan mata wang lain seperti baht Thai dan rupiah Indonesia serta mata wang negara maju lain seperti yen Jepun. - Gambar fail/Bernama
RM2 juta rancakkan program JEJAK tahun ini, persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi bantuan insentif program JEJAK sebagai sokongan awal menggerakkan koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Brazil komited bekerjasama dengan Jakim dalam pembangunan halal
Badan pensijilan halal Brazil, Fambras Halal optimis Malaysia akan sentiasa menjadi peneraju dalam industri halal di peringkat global.
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras semasa iaitu 3.00 peratus.
Bank Islam berjaya kurangkan impak OPR pada 2023
Bank Islam Malaysia Bhd berjaya mengurangkan impak OPR yang tidak berubah seterusnya membawa kepada NIM yang bertambah baik pada tahun lepas.
AmBank Group kekalkan unjuran KDNK pada 4.5 peratus tahun ini
AmBank percaya pemulihan secara statistik memainkan peranan, dengan penggunaan swasta dan eksport bersih dijangka meningkat pada 2024.
Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka pada 2.5 peratus tahun ini - Bank Dunia
Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka menyederhana kepada sekitar 2.5 peratus pada 2024, mencerminkan keadaan kos dan permintaan yang stabil.
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
BNM dijangka kekalkan OPR tidak berubah sepanjang 2024 - BMI
BMI berkata terdapat dua alasan yang menyokong pandangannya bahawa BNM akan mengekalkan kadar pada mesyuarat seterusnya pada 9 Mei 2024.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7025/7080 berbanding dolar AS daripada 4.7295/7350 semasa ditutup pada Rabu.
Kadar OPR kekal 3 peratus, BNM mahu dasar monetari kekal kondusif
MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS menjelang pengumuman OPR
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7145/7190 daripada 4.7295/7350 yang dicatat semalam.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS menjelang pengumuman OPR
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7200/7250 berbanding dolar AS daripada 4.7440/7480 semasa ditutup pada Jumaat.