Ringgit dijangka akan terus mengukuh pada 2018 sehingga ke paras RM4.00 berbanding AS$1.00.

Ini akan disokong sentimen Dolar AS dan pemulihan dalam harga komoditi.

Menurut Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank Berhad Datuk Dr Nazri Khan, Ringgit yang mengakhiri 2017 dengan kukuh akan meneruskan momentum itu tahun depan.

Antara faktor lain yang akan menyokong pengukuhan ringgit termasuk pertumbuhan ekonomi yang kukuh, kemasukan dana asing yang meningkat dan prestasi pasaran ekuiti yang positif.

Tambahnya, jangkaan Bank Negara akan meningkatkan kadar dasar semalaman (OPR) akan membantu mengukuhkan nilai ringgit.

Menurutnya lagi, faktor lain yang menyumbang kepada nilai ringgit termasuk pengurangan tahap hutang isi rumah kepada 84.6 peratus pada September 2017 berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar.