awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pilihan raya AS: Petugas pilihan raya mula kira undi awal, pos

Astro Awani
Astro Awani
24/10/2024
02:30 MYT
Pilihan raya AS: Petugas pilihan raya mula kira undi awal, pos
Kiraan undi dibuat dengan menggunakan mesin manakala semua aktiviti disiarkan secara langsung dalam talian oleh daerah untuk memastikan ketelusan. - Foto REUTERS
ARIZONA: Petugas pilihan raya mula mengira undi awal dan undi melalui pos di Pusat Pengiraan dan Pilihan Raya Maricopa County di Phoenix, Arizona pada Rabu.
Puluhan petugas duduk dalam sebuah bilik menempatkan kertas undi yang telah dikembalikan dalam sampul hijau.
Dalam pada itu, petugas ditugaskan untuk mengesahkan tandatangan dan kemudian memisahkan undi dari sampul bagi memastikan kerahsiaan pengundi.
Dalam bilik berlainan, kiraan undi dibuat dengan menggunakan mesin manakala semua aktiviti disiarkan secara langsung dalam talian oleh daerah untuk memastikan ketelusan.
Timbalan pengarah pilihan raya Maricopa County, Jennifer Liewer berkata, daerah ini mewakili 60% daripada jumlah pemilih negeri tersebut.
Menurut beliau, Maricopa County memiliki empat juta penduduk di mana 2.5 juta daripadanya adalah pemilih berdaftar.
"Pemilih di daerah ini dibahagikan secara kasar kepada tiga, dengan pecahan yang seimbang di antara Republikan, Demokrat dan pemilih bebas atau tanpa parti, menjadikan daerah dan negeri ini sebagai negeri penting untuk kesemua calon," kata Liewer.
Sementara itu, Liewer berharap orang ramai meletakkan kepercayaan penuh terhadap proses kiraan undi dan tiada tindakan keganasan akan berlaku pada pilihan raya kali ini. - Agensi
Topic Berkaitan
#AS
#pilihan raya
#undi awal
#Maricopa County
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan