KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka akan mengukuh pada 2024 yang dipacu oleh beberapa faktor, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata faktor itu termasuklah disiplin fiskal kerajaan dan pertumbuhan ekonomi global yang lebih baik serta ketidaktentuan dasar mata wang Amerika Syarikat (AS) yang semakin mereda.
Katanya prestasi ringgit perlu dilihat dalam perspektif yang lebih meluas dan ia wajar diukur berbanding mata wang lain dan bukannya berbanding dolar AS semata-mata.
"Malah, inilah caranya bank-bank pusat di seluruh dunia mengukur nilai mata wang mereka iaitu perbandingan dengan sekumpulan mata wang utama lain yang berdagang dengan negara itu.
"Majoriti mata wang di dunia menyusut berbanding dolar AS akibat daripada tindakan agresif Rizab Persekutuan AS (Fed) yang menaikkan kadar faedah," katanya dalam hantaran media sosial di platform 'X' hari ini.
Rafizi berkata nilai mata wang perlu dibaca dengan petunjuk ekonomi lain iaitu pertumbuhan ekonomi, kadar inflasi, jumlah pelaburan baharu, kadar faedah, kadar pengangguran, tangga gaji dan lain-lain.
Katanya ekonomi Malaysia tumbuh pada momentum yang baik dari suku ke suku selama tiga suku berturut-turut dengan kadar inflasi adalah terendah sejak 2021.
Bagi prestasi ringgit pada suku ketiga 2023, ringgit menyusut sebanyak 0.6 peratus berbanding dolar AS dan menurun 0.2 peratus berbanding dolar Singapura.
Bagaimanapun, prestasi ringgit mengukuh sebanyak 2.9 peratus berbanding yen Jepun, lebih baik sebanyak 2.4 peratus berbanding baht Thailand dan pound Britain, rupiah Indonesia (2.0 peratus), won Korea Selatan (1.7 peratus), euro (1.6 peratus), dolar Australia (14 peratus) dan renmimbi China (0.2 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023
Rafizi berkata, prestasi ringgit perlu dilihat dalam perspektif yang lebih meluas dan ia wajar diukur berbanding mata wang lain dan bukannya berbanding dolar AS semata-mata. - Gambar fail
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
Tiada kemungkinan LRT Mutiara dibatalkan - Rafizi
Tiada kemungkinan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang dibatalkan, walaupun terdapat pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan.
Pengelasan golongan T15 bagi penyasaran RON95 diumum pertengahan 2025 - Rafizi
Pengelasan golongan rakyat khususnya T15 (berpendapatan tinggi) untuk penyasaran subsidi petrol RON95 akan diumumkan pada pertengahan 2025, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Robot pemadam api Serai Generation 1 pemenang minggu kedua Innovathon
Robot pemadam api serba boleh digelar Serai Generation 1 (SG1) telah diumumkan sebagai pemenang pada minggu kedua program Innovathon 2 yang disiarkan pada Sabtu.
Malaysia sasar dapatkan teknologi maju, pelaburan bagi proses REE - Rafizi
Kerajaan akan memastikan kemajuan pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) seiringan dengan sektor huluan dan hiliran bagi memenuhi keperluan industri itu, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Pendaftaran PADU Fasa 2 dibuka selepas Kabinet luluskan - Rafizi
Pendaftaran PADU fasa kedua akan dibuka selepas Kabinet meluluskan beberapa kriteria yang sedang diperhalusi oleh kementerian yang terlibat.
Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi
Kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.
Kerajaan tidak bercadang tarik subsidi minyak peket - Rafizi
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kenyataannya yang tular sebelum ini menyentuh mengenai usaha berterusan kerajaan untuk mengurangkan ketirisan, bukan mahu memansuhkan subsidi untuk minyak peket.
Rangka kerja, strategi ekonomi biru sedang dibangunkan - Rafizi
Satu rangka kerja dan strategi ekonomi biru sedang dibangunkan di peringkat Kementerian Ekonomi, yang dijangka disiapkan menjelang akhir 2025, kata Menterinya Rafizi Ramli.
Semenanjung Malaysia semakin kehabisan sumber minyak, gas
Sumber minyak dan gas di Semenanjung negara ketika ini semakin berkurangan kira-kira 50 peratus, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.