Skip to main content

Dunia

'Memalukan' - Hezbollah tolak perjanjian rangka kerja Lubnan-Israel

Lebanon's Hezbollah deputy leader Sheikh Naim Qassem attends a memorial service in Beirut's southern suburbs, Lebanon, July 10, 2024. REUTERS
Naim Qassem (foto) berkata memorandum berkenaan dilihat sebagai satu bentuk penyerahan kedaulatan negara yang tidak boleh diterima. -Gambar fail/Reuters
Advertisement

BEIRUT: Pemimpin Hezbollah, Naim Qassem, menolak perjanjian rangka kerja antara Lubnan dan Israel yang diusahakan Amerika Syarikat (AS), dengan menyifatkannya sebagai memalukan.

Beliau berkata memorandum berkenaan dilihat sebagai satu bentuk penyerahan kedaulatan negara yang tidak boleh diterima, lapor Al Jazeera.

Kenyataan itu dibuat ketika tentera Israel memberikan isyarat untuk mengekalkan kehadiran ketenteraan dalam tempoh jangka panjang di wilayah selatan Lubnan.

Qassem menegaskan kumpulan pejuang itu tidak akan menerima syarat dalam pelan tersebut, yang menurutnya lebih memihak kepada kepentingan keselamatan Israel berbanding kedaulatan Lubnan.

Beliau berkata pendirian itu menunjukkan Hezbollah tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan dalam pelaksanaan perjanjian berkenaan.

Penolakan tersebut dilihat boleh menjejaskan pelaksanaan gencatan senjata yang baharu dimeterai, sekali gus meningkatkan risiko ketegangan di rantau itu.

Sebelum ini, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyifatkan perjanjian tersebut sebagai satu pencapaian penting, dengan mendakwa ia membolehkan Israel mengekalkan zon keselamatan di selatan Lubnan sehingga pelucutan senjata Hezbollah dilaksanakan.

Penolakan oleh kepimpinan Hezbollah itu dijangka merumitkan pelaksanaan program pemindahan kawalan keselamatan kepada tentera Lubnan yang dirancang di dua kawasan berhampiran garis sempadan tidak rasmi.

 

Must Watch Video

Advertisement