KUALA LUMPUR: Kekurangan pemangkin dijangka akan mengheret ringgit untuk diniagakan pada aliran menurun minggu hadapan, kata seorang penganalisis.
Penganalisis itu berkata terdapat pelbagai faktor yang dilihat memberi kesan negatif kepada momentum pemulihan ekonomi.
Menurut Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata walaupun terdapat kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) dan pengumuman suku pertama 2022 Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih baik daripada jangkaan, ringgit terus melemah.
"Jelas, peserta pasaran akur dengan langkah Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk mengetatkan cengkaman mereka terhadap dasar monetari.
"Ekuiti global telah terjejas teruk manakala hasil Perbendaharaan AS 10 tahun berada di bawah paras tiga peratus kerana pelabur mencari perlindungan daripada ketidaktentuan," katanya kepada Bernama.
Buat masa sekarang, paras ketahanan ringgit berbanding dolar US berada pada RM4.447 manakala paras sokongan pada RM4.34.
"Petunjuk teknikal menonjolkan bahawa USD/MYR berada di rantau terlebih jual, mencerminkan kemungkinan berlakunya pembetulan.
"Bagaimanapun, kebimbangan terhadap pengetatan monetari yang agresif oleh Fed akan menguasai sentimen pasaran pada minggu yang akan datang," tambahnya.
Pada Jumaat, Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa ekonomi pulih pada suku pertama 2022 dengan pertumbuhan lima peratus berbanding penguncupan 0.5 peratus yang direkodkan semasa suku yang sama tahun lepas, disokong oleh peningkatan dalam permintaan domestik apabila aktiviti ekonomi terus normal dengan pelonggaran langkah-langkah sekatan.
Gabenor BNM Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata ekonomi domestik dijangka terus bertambah baik tahun ini, dengan pertumbuhan diunjurkan antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus pada 2022, disokong oleh pengukuhan permintaan domestik, pengembangan permintaan luaran yang berterusan dan persekitaran yang lebih positif dalam pasaran buruh.
Katanya lagi, penambatan ringgit tidak akan menjadi kepentingan terbaik Malaysia kerana ia berisiko besar, sementara mengekalkan tambatan akan menjadi dasar yang tidak berbaloi disebabkan sejumlah besar rizab terpaksa diperuntukkan terutamanya dalam dekad yang lalu, dan ini akhirnya akan melemahkan daya tahan luaran Malaysia.
"Langkah ini akan memberi kesan buruk kepada sentimen pelabur, yang akan menjejaskan bukan sahaja pelaburan langsung asing ke Malaysia tetapi juga menyebabkan aliran keluar modal dari Malaysia,'' katanya.
Nor Shamsiah berkata Indeks Volatiliti (VIX) juga terus melonjak sehingga menyebabkan dolar US yang lebih kukuh manakala mata wang di negara lain menyusut berbandingnya.
"Pergerakan dalam ringgit adalah sejajar dengan negara serantau yang lain dan sekali lagi saya ingin menekankan bahawa kadar pertukaran yang fleksibel adalah paling sesuai memandangkan keadaan semasa," katanya.
Dari minggu ke minggu, ringgit adalah lebih rendah berbanding dolar US pada 4.3980/3995 berbanding 4.3650/3680 yang dicatatkan semasa Jumaat, minggu sebelum ini.
Ringgit, bagaimanapun, diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama dari Jumaat ke Jumaat.
Ringgit adalah lebih mantap berbanding dolar Singapura kepada 3.1482/1497 daripada 3.1523/1549, menokok berbanding pound British kepada 5.3568/3586 daripada 5.3868/3905 dan naik berbanding euro kepada 4.5625/5640 daripada 4.6138/6170.
Ia bagaimanapun jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.4127/4142 daripada 3.3453/3479 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 14 2022

Kekurangan pemangkin dijangka akan mengheret ringgit untuk diniagakan pada aliran menurun minggu hadapan. -Gambar fail/Reuters

Individu dedah kepincangan SOP sembelihan di Australia masih gagal dihubungi - Idris Ahmad
Pihaknya tidak menolak kemungkinan individu berkenaan menggunakan nama tersebut disebabkan faktor keselamatan terhadapnya.

Isu loji sembelihan: Minta individu tampil hubungi JAKIM - Idris Ahmad
Susulan loji sembelihan berpusat di Australia digantung, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad minta individu tampil hubungi JAKIM untuk ceritakan dengan lebih teliti dan telus supaya tindakan boleh diambil.

Korea Utara catat 6 lagi kematian disyaki akibat COVID-19
Enam kematian itu dilaporkan setakat 6 petang Isnin, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 56.

Buruh warga Indonesia maut ditetak
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan tetakan di beberapa bahagian badan selain putus sebelah telinga.

Awal Ashari mengaku tidak bersalah lakukan khianat terhadap syarikat perumahan
Awal Ashari mengaku tidak bersalah selepas berdepan tuduhan khianat merosakkan palang pagar sebuah syarikat perumahan di Damansara bulan lalu.

COVID-19 | 6 lagi maut, korban di Korea Utara kini 56 orang
Korea Utara melaporkan enam lagi kematian akibat demam, beberapa hari selepas negara itu mengumumkan kes pertama COVID-19. Media kerajaan KCNA melaporkan, serentak itu pasukan tentera telah diarah mengagihkan segera bekalan perubatan ke semua farmasi di seluruh bandar Pyongyang.

Pasang Pelita | Teruskan tradisi lama 'bersusul'
Tradisi memasang pelita atau ‘bersusul’ dalam bahasa suku kaum Kedayan, Brunei masih diamalkan di daerah Papar, Sabah. Tradisi yang diamalkan ini bukan sahaja memeriahkan sambutan bulan Syawal malah menterjemahkan semangat kerjasama serta perpaduan antara ahli keluarga dan penduduk kampung.

Tepung Gandum | Bekalan tidak terkesan, 80% import dari Australia
Malaysia dijangka tidak berdepan dengan kekurangan bekalan gandum, di sebalik larangan India mengeksport gandum susulan gelombang haba akibat cuaca panas terik. Jelas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), ia kerana Malaysia mengimport 80 peratus biji gandum dari Australia dan selebihnya dari Amerika Syarikat, Kanada serta Ukraine.

MBSA dapatkan maklumat kakitangan bertengkar dengan pelanggan
Menerusi rakaman video itu, kakitangan dan individu terbabit masing-masing tidak berpuas hati antara satu sama lain

Bersatu tidak halang Pas kerjasama dengan UMNO - Muhyiddin
Setakat ini Bersatu masih lagi sebahagian daripada PN dan pendekatan itu diambil sebagai usaha penyatuan ummah.

Surat pembaca: Cadangan tambat Ringgit formula 'lapuk', tidak sesuai senario sekarang
Malaysia tidak akan mampu untuk terus bertahan jika kerajaan terus menjalankan bajet defisit melebihi 5% untuk tempoh masa yang berterusan.

Ringgit dijangka menurun berikutan kekurangan pemangkin minggu hadapan
Penganalisis itu berkata terdapat pelbagai faktor yang dilihat memberi kesan negatif kepada momentum pemulihan ekonomi.

Ringgit tak stabil kerana nilai tidak ditetap, dijamin kerajaan - Tun Mahathir
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, ketika ini ringgit tidak stabil kerana nilainya tidak ditetapkan dan dijamin pihak kerajaan.

Kenaikan bahan mentah punca harga kenderaan dijangka meningkat
Masalah kekurangan bekalan cip komputer turut memberi kesan kepada harga kenderaan di negara ini.

Mata wang ringgit jatuh? Tidak hanya eksklusif kepada Malaysia - Pakar
Antara mata wang lain yang turut terkesan seperti yen, yuan, euro, pound sterling dan Swiss franc.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar dalam sesi awal dagangan
Pada jam 9.03 pagi, mata wang tempatan berada pada paras 4.3635/3695 berbanding dolar AS daripada penutup Khamis pada 4.3465/3515.

Ringgit melonjak berbanding dolar AS selepas jangkaan kenaikan mata asas tidak menjadi
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa ia tidak akan mempertimbangkan kenaikan 75 mata asas pada masa hadapan.

Nilai ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Nilai ringgit meningkat lebih tinggi berbanding dolar AS apabila dibuka untuk urus niaga pagi ini.

BNM giat urus risiko ringgit daripada perkembangan luaran - Gabenor
Ringgit yang rendah berbanding dolar AS dan dolar Singapura pada tahun ini sebahagian besarnya didorong oleh faktor luaran.

Ringgit susut sedikit berbanding dolar AS pagi ini
Nilai ringgit menyusut sedikit berbanding dolar AS ketika memulakan urus niaga pagi ini.