Ringgit dijangka stabil dan diniaga antara 4.0900 dan 4.1200 berbanding dolar US minggu depan selepas meningkat berikutan sentimen positif tempatan, kata peniaga.
Ketua Pakar Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Dr Kamaruddin Mohd Nor berkata, ringgit naik 8.4 peratus setakat ini tahun ini berbanding dolar ekoran jangkaan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) pada suku pertama 2018.
Jangkaan itu timbul berikutan pertumbuhan ekonomi negara yang kukuh sebanyak 6.2 peratus pada suku ketiga tahun ini.
Pengukuhan ringgit juga disebabkan pemulihan minat terhadap bon serta kenaikan harga minyak mentah, katanya.
"Ringgit dijangka stabil selepas peningkatan kukuh minggu lepas kerana tidak ada data ekonomi penting akan dikeluarkan minggu depan bagi memacu pasaran.
"Indeks Harga Pengguna pada Oktober berada pada 3.7 peratus yang diumum pada Jumaat, jika disokong data ekonomi makro yang positif lain, akan menguatkan lagi kemungkinan BNM menaikkan OPR dalam tempoh terdekat yang seterusnya menyokong mata wang tempatan itu," katanya kepada Bernama.
Kamaruddin berkata, kekukuhan ringgit juga disebabkan kelemahan dolar US selepas amaran Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS yang akan bersara, Janet Yellen, mencetuskan ketidaktentuan pasaran mengenai dasar kadar faedah AS tahun depan ketika pembuat dasar bimbang mengenai prospek inflasi.
Sementara itu, Hong Leong Research berkata, ringgit meningkat 1.63 peratus minggu ke minggu kepada 4.1080 berbanding dolar US dan menokok berbanding lapan mata wang utama lain.
"Kami menjangka kenaikan ringgit sudah berakhir selepas meningkat lima hari berturut-turut. Ringgit lemah sedikit berbanding dolar US minggu depan, lebih lebih lagi jika dolar mendapat rangsangan daripada data AS," tambahnya.
Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit mengukuh 445 mata asas kepada 4.1155/1185 berbanding dolar US daripada 4.1600/1630 Jumaat lalu.
Berbanding mata wang utama lain, ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0553/0584 daripada 3.0656/0685, menokok berbanding pound Britain kepada 5.4839/4895 daripada 5.5120/5168, naik berbanding yen Jepun kepada 3.6927/6964 daripada 3.6961/6998 dan menambah berbanding euro kepada 4.8835/8887daripada 4.9055/9103.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 26 2017
Pengukuhan ringgit juga disebabkan pemulihan minat terhadap bon serta kenaikan harga minyak mentah.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan belian semasa harga rendah
Aktiviti belian saham semasa harga rendah mendorong Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis selepas menyusut semalam.
Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".
1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.
Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB membuat rumusan selepas selesai memberikan keterangan mengenai jejak wang 1MDB yang dipindahkan ke dua akaun peribadi Najib.
BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.
Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.
RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju
OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.
OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis.
Malaysia tidak jangka kemelesetan pada 2023 - Gabenor BNM
Inflasi dijangka kekal tinggi tetapi Malaysia tidak menjangkakan kemelesetan pada 2023, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.