Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS hari ini, seiring dengan pergerakan mata wang serantau dan di celah-celah meningkatnya kehendak risiko, dirangsang oleh data ekonomi positif dari Amerika Syarikat, kata para peniaga.
Pada pukul 5 petang, ringgit disebut harga pada 3.0895/0915 berbanding dolar AS pada 3.0985/1030 semalam.
Seorang peniaga berkata kehendak risiko yang kian baik itu mungkin dapat mengekalkan perolehan yang tinggi.
Berbanding mata wang utama yang lain, ringgit diniaga rendah berbanding dolar Singapura pada 2.5008/5034 daripada 2.4996/5034 sebelumnya tetapi mengukuh berbanding yen kepada 3.3436/3461 daripada 3.3764/3820 sebelumnya.
Ia merosot berbanding pound Britain kepada 4.6951/6994 daripada 4.6868/6945 semalam dan lebih rendah berbanding euro kepada 4.0590/0622 daripada 4.0531/0597.