KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, seiring dengan mata wang serantau lain di tengah-tengah peningkatan bidaan terhadap dolar AS sebagai mata wang selamat, sementara menantikan penyelesaian terhadap isu siling hutang AS, kata seorang peniaga.
Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.5700/5750 berbanding dolar AS daripada 4.5470/5515 sewaktu ditutup pada Isnin.
"Dolar AS berada dalam kedudukan yang dominan pada masa ini berbanding mata wang Asia dan anda boleh melihat kelemahan ini dipacu oleh yuan, dengan data pertumbuhan China lebih lemah, ditambah pula dengan peningkatan risiko geopolitik selepas G7.
'Wujud kritikan terhadap China oleh kalangan pemimpin G7 yang mempertimbangkan kedua-dua risiko ketenteraan dan keselamatan siber," kata Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes kepada Bernama.
Beliau berkata yuan yang lemah menjejaskan pertukaran asing Asia terutamanya ringgit.
Ringgit turut menyusut kepada paras terendah dalam tempoh lebih dua dekad berbanding dolar Singapura, mencapai paras 3.3939 awal hari ini, namun merosot kepada 3.3920/3962 ketika ditutup berbanding 3.3799/3835 pada penutupan semalam.
"Inflasi berlaku lebih tinggi serta mengejutkan dan berupaya menyebabkan Penguasa Kewangan Singapura cuba memusatkan semula dolar Singapura dengan lebih kukuh.
"Pertumbuhan yang lemah di China sewajarnya menyebabkan Bank Negara Malaysia untuk menghentikan seketika (kenaikan kadar faedah) dan mungkin mempertimbangkan pengurangan menjelang akhir tahun," kata Innes.
Pada penutupan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan hampir tidak berubah berbanding pound Britain kepada 5.6577/6639 daripada 5.6578/6634 semasa ditutup pada Isnin, namun merosot berbanding euro kepada 4.9251/9305 daripada 4.9189/9238 dan ditutup rendah berbanding yen Jepun kepada 3.3006/3044 daripada 3.2973/3008 semalam.
Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean lain.
Unit tempatan itu merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 307.1/307.7 daripada 305.3/305.8 sewaktu ditutup pada Isnin, turun berbanding peso Filipina kepada 8.20/8.21 daripada 8.14/8.16, namun meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.1712/1920 daripada 13.1950/2138.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023
Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.5700/5750 berbanding dolar AS daripada 4.5470/5515 sewaktu ditutup pada Isnin. - Gambar hiasan/REUTERS
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.