KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin apabila dolar AS terus mengukuh di tengah-tengah data ekonomi Amerika Syarikat yang positif, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.6535/6575 berbanding dolar AS 4.6445/6485 ketika ditutup pada Jumaat.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata laporan pasca gaji bukan ladang pada Jumaat lepas menunjukkan bahawa permintaan terhadap dolar AS terus menjadi mata wang yang diminati berikutan Rizab Persekutuan AS dilihat akan mengekalkan pendirian dasar monetari yang ketat dalam mesyuarat September akan datang.
Selain itu, beliau berkata Bank Negara Malaysia berkemungkinan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus minggu ini apabila ahli Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bermesyuarat pada Khamis ini (7 Sept).
"Kemungkinan kenaikan 25 mata asas lagi oleh Fed AS disifatkan sebagai positif kepada dolar. Ini seterusnya akan menjadikan ringgit kekal lemah dalam tempoh terdekat," katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding euro kepada 5.0230/0273 daripada 5.0388/0432 ketika ditutup pada Jumaat, naik berbanding pound Britain kepada 5.8774/8824 daripada 5.8878/8929 dan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.1786/1818 daripada 3.1939/1968.
Pada masa yang sama, ringgit juga diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asean yang lain.
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4361/4393 daripada 3.4386/4418 ketika ditutup pada Jumaat dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.2089/2259 daripada 13.2677/2852.
Bagaimanapun, mata wang tempatan itu rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 305.2/305.7 daripada 304.6/305.1 dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.21/8.23 daripada 8.21/8.22.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 04 2023
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.6535/6575 berbanding dolar AS 4.6445/6485 ketika ditutup pada Jumaat. - Gambar hiasan/BERNAMA
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.
Ringgit terus catat kenaikan berikutan keyakinan meningkat terhadap satu lagi penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4250/4305 berbanding dolar AS daripada .4505/4550 pada Rabu.
Ringgit meningkat selepas minit mesyuarat Fed menunjukkan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4440/4465 berbanding dolar AS daripada 4.4560/4600 pada Selasa.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.