awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas kenaikan baru-baru ini

Bernama
Bernama
13/03/2024
12:49 MYT
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas kenaikan baru-baru ini
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6845/6878 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6765/6800 pada Selasa. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit mengalami pembetulan teknikal hari ini dan ditutup rendah berbanding dolar AS selepas mencatatkan peningkatan sejak beberapa hari lepas, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6845/6878 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6765/6800 pada Selasa.
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata bacaan teknikal menunjukkan ringgit telahpun berada dalam situasi terlebih beli.
Sementara itu, katanya, perhatian pelabur pada minggu depan akan tertumpu kepada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) yang berlangsung dari 19-20 Mac.
"Bahagian penting tentang mesyuarat itu adalah unjuran terkini Rizab Persekutuan AS (Fed) mengenai pembolehubah makroekonomi terutamanya Kadar Dana Fed.
"Pada Disember, Fed mengunjurkan tiga penurunan kadar pada tahun ini. Kita lihat nanti sama ada Fed akan mengubah unjuran mereka terutamanya selepas mengambil kira data terbaharu tersebut," kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1650/1672 daripada 3.1718/1744 pada Selasa tetapi turun berbanding pound Britain kepada 5.9840/9878 daripada 5.9808/9853 dan susut berbanding euro kepada 5.1164/1197 daripada 5.1114/1152.
Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara Asean lain.
Mata wang tempatan meningkat berbanding baht Thai kepada 13.1053/1200 daripada paras 13.1436/1601 pada Selasa dan hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.45/8.47 daripada 8.45/8.46 .
Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.5121/5149 daripada 3.5133/5162 tetapi berkurang berbanding rupiah Indonesia kepada 300.7/301.1 daripada 299.9/300.3 sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mata wang
#pound Britain
#paras penutup
#pembetulan teknikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan