awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Sunat Perdana bawa kanak-kanak naik beca, tonjol warisan negeri
Keputusan kes 1MDB: Reformasi institusi perlu diteruskan - Gobind
MySTEP: Inisiatif wajar, Kerajaan MADANI cakna golongan sasar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
01/10/2020
12:22 MYT
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Sehingga 6 petang, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1470/1520 berbanding dolar AS daripada 4.1530/1580 semalam.
KUALA LUMPUR:Ringgit meneruskan momentum positif untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh sentimen risiko yang lebih baik, kata peniaga.
Sehingga 6 petang, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1470/1520 berbanding dolar AS daripada 4.1530/1580 semalam.
Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata beta yang kukuh untuk yuan, dan pasaran ekuiti tempatan yang stabil akan terus mendorong ringgit lebih tinggi.
"Seluruh sokongan terhadap unit tempatan timbul selepas unjuran (RHB Investment Bank) mengenai defisit belanjawan yang lebih kecil pada tahun depan dan ini memberi sentimen positif kepada peniaga mata wang yang menggemari dasar fiskal berhemat," katanya kepada Bernama.
RHB Investment Bank, dalam nota hari ini berkata defisit fiskal Malaysia dijangka berkurangan kepada lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2021 berbanding defisit 6.5 peratus diunjurkan pada tahun ini.
Bagaimanapun, Innes berkata dengan peningkatan kes COVID-19 tempatan hari ini, ia akan menyebabkan sedikit panik berikutan kerajaan akan mengkaji semula beberapa peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Hari ini, Malaysia melaporkan 260 kes COVID-19 baharu -- kedua tertinggi sejak Februari 2020.
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0426/0473 daripada 3.0316/0361 semalam, bagaimanapun naik berbanding pound kepada 5.3281/3362 daripada 5.3283/3264 sebelum ini.
Mata wang tempatan merosot berbanding euro kepada 4.8723/8794 daripada 4.8619/8694 pada Rabu, bagaimanapun meningkat berbanding yen kepada 3.9278/9341 daripada 3.9290/9349.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AS
#ringgit
#bank
#Singapura
#kerajaan
#peniaga
#Malaysia
#perintah kawalan pergerakan
#RM
#ditutup tinggi
#dolar AS
#dolar US
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan