ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 25 Ogos 2026.
Cadangan audit forensik FELDA dibawa ke Kabinet - PM Anwar
Cadangan supaya audit forensik dijalankan terhadap dakwaan salah laku melibatkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk dibincangkan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
RCI TH: Saya tak faham apa erti ‘sakau’ - Bekas Ketua Audit Negara
Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad berkata beliau tidak menemui sebarang bukti kecurian dalam Lembaga Tabung Haji (TH) ketika mengetuai Jabatan Audit Negara.
PRN Melaka: PM Anwar beri mandat kepada Amirudin kaji kerjasama PH-BN
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan telah menyerahkan tanggungjawab kepada Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari untuk meneliti kemungkinan kerjasama antara PH dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
RCI TH: Saya tak faham apa erti ‘sakau’ - Bekas Ketua Audit Negara
Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Madinah Mohamad berkata beliau tidak menemui sebarang bukti kecurian dalam Lembaga Tabung Haji (TH) ketika mengetuai Jabatan Audit Negara.
Tabung Haji: Tubuh badan khas bawah PAC berbanding RCI kedua - Ahmad Zahid
PAC mempunyai ‘locus standi’ yang jelas menerusi tugas dan tanggungjawabnya untuk menjalankan penelitian terhadap perkara berkaitan pengurusan kewangan dan tadbir urus.
Selepas Tabung Haji, Radzi persoal pula pinjaman RM127 juta KPF kepada Al-Rawda
Datuk Radzi Jidin kini mempersoalkan pula rekod pembiayaan melibatkan syarikat dengan nama sama dalam penyata kewangan Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF).
PRU16: Kembalinya Azmin Ali, otai reformasi mampu perkukuh PKR - Penganalisis
Kembalinya semula bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama pasukannya mampu mengukuhkan semula parti itu, sekali gus mencerahkan peluang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneruskan pentadbiran bagi penggal kedua.
Gangguan cetakan MyKad dijangka bermula esok susulan peralihan generasi baharu
Urusan cetakan MyKad di seluruh negara dijangka mengalami gangguan sementara mulai Rabu, 26 Ogos hingga Isnin, 31 Ogos susulan proses peralihan kepada MyKad generasi baharu.
Wooi Yik pertimbang hala tuju, Aaron tekad buru emas Olimpik
Pemain beregu lelaki negara Soh Wooi Yik bersedia berbincang dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengenai hala tuju masa depannya, termasuk memperincikan perancangan kerjaya dalam usaha memburu tiket ke Sukan Olimpik Los Angeles (LA) 2028.
Taman Tema Sunway bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa, zahir kekesalan terhadap insiden
Taman Tema Sunway menyatakan pihaknya kini bekerjasama rapat dan memberi kerjasama penuh kepada semua pihak berkuasa berkaitan yang sedang menjalankan siasatan terperinci mengenai insiden melibatkan satu kejadian di Sunway Lagoon pada Sabtu dan menjejaskan 10 pengunjung.