KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini didorong jangkaan bahawa kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) sudah berakhir berdasarkan kenyataan yang cenderung menurunkan kadar faedah oleh Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell pada Jumaat.
Turut memainkan peranan ialah data pembayaran gaji bukan ladang (NFP) dan kadar pengangguran di AS untuk November yang akan dikeluarkan minggu ini yang mampu mempengaruhi prospek kadar faedah AS, terutamanya berkaitan harapan pemotongan kadar lebih awal.
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.6550/6600 berbanding dolar AS daripada 4.6710/6760 ketika ditutup pada Jumaat.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit menembusi paras rintangan serta-merta pada RM4.6611 hari ini. Pada ketika ini, ringgit diniagakan sekitar RM4.6568 dengan paras rintangan seterusnya pada RM4.5778 berdasarkan carta anjakan Fibonacci," katanya kepada Bernama.
Powell pada Jumaat menolak jangkaan pasaran untuk pemotongan kadar faedah yang agresif pada masa hadapan.
Bagaimanapun, kenyataan beliau seakan mengesahkan bahawa Fed sekurang-kurangnya telah menghentikan kenaikan kadar dengan ketua Fed menyatakan bahawa "'inflasi berada pada landasan yang betul". Justeru, pasaran sebahagian besarnya menganggap kenyataan Powell itu cenderung kepada menurunkan kadar.
"Dari sudut teknikal, peningkatan nilai ringgit kelihatan terhad memandangkan gandingan dolar AS-ringgit sudah berada pada atau menghampiri keadaan terlebih beli," kata Afzanizam.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.
Ia menokok berbanding euro kepada 5.0623/0677 daripada 5.0900/0954 ketika ditutup pada Jumaat, dan naik berbanding pound Britain kepada 5.8997/9061 daripada 5.9168/9231 sebelum itu.
Bagaimanapun, mata wang tempatan itu susut berbanding yen Jepun kepada 3.1751/1787 daripada 3.1591/1627sebelum itu.
Sementara itu, ringgit mengukuh berbanding mata wang Asean yang lain.
Ia melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.4882/4925 daripada 3.4973/5016 pada Jumaat, mengukuh berbanding baht That kepada 13.3183/3368 daripada 13.3301/3505 sebelum itu, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 300.9/301.5 daripada 301.5/302.1 dan melonjak berbanding peso Filipina kepada 8.41/8.42 daripada 8.43/8.44 sebelum itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 04 2023
![Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699016800_TBringgitmalaysia.jpg)
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama. - Gambar fail/Bernama
![Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722043717_Palestineathlete.jpg)
Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel
Serangan Israel juga telah menyebabkan kematian pemain terkemuka di Gaza, termasuk juara kejohanan.
AWANI Pagi: Tutup Haji 2024, menanti lambaian 2025
Ikuti diskusi Awani PAGI pada Sabtu bersama Ketua Rombongan Haji 1445h/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman bagi membincangkan mengenai operasi haji 2024 yang ditutup secara rasmi minggu ini, sekali gus menantikan lambaian Kaabah untuk tetamu Allah pada tahun 2025.
![Bordeaux fail muflis Bordeaux fail muflis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722043252_TBFCGirondins.jpg)
Bordeaux fail muflis
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.
![Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722042268_tbmedanselera.jpg)
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
![Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722040266_tbMustafaMuhammadA.jpg)
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
![Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722039605_lelakibutalalat.jpg)
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
![[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi? [KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701508558_Jaripengundi.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
![Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039538_tbPositivedoping.jpg)
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
![Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722038584_TyphoonGaemi.jpg)
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
![Ringgit cecah paras 4.65 semula berbanding dolar AS Ringgit cecah paras 4.65 semula berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit cecah paras 4.65 semula berbanding dolar AS
Ringgit menutup minggu ini lebih kukuh berbanding dolar AS, pada 4.6550/6605 hari ini berbanding 4.6600/6625 yang disaksikan semasa penutup Khamis.
![Penganalisis positif terhadap prospek pertumbuhan sektor industri tahun ini Penganalisis positif terhadap prospek pertumbuhan sektor industri tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695799412_MPN.jpg)
Penganalisis positif terhadap prospek pertumbuhan sektor industri tahun ini
Penganalisis masih positif terhadap prospek pertumbuhan sektor perindustrian tahun ini.
![Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699016800_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.6550/6600 berbanding dolar AS daripada 4.6710/6760 ketika ditutup pada Jumaat.
![Ringgit pulih, ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS Ringgit pulih, ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41664197854_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit pulih, ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan meningkat sedikit kepada 4.5615/5650 berbanding dolar AS, daripada 4.5640/5690 ketika ditutup pada Isnin.