JUARA Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal, berputih mata apabila tersingkir dalam Piala Liga Inggeris (EFL) selepas tewas di tangan kelab dari divisyen keempat, Fleetwood, menerusi penentuan sepakan penalti 3-5 awal pagi tadi.
Kemenangan bersejarah tuan rumah itu menjadi bualan hangat susulan mengheret permainan ke penentuan sepakan penalti hasil keputusan terikat 1-1 sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.
Sembilan pertukaran dalam kesebelasan utama The Gunners memakan diri, dan akhirnya terlepas misi merangkul gelaran kejohanan itu musim ini.
Untuk rekod, kali terakhir skuad kendalian Mikel Arteta memenangi EFL pada 1993, satu tempoh 33 tahun yang cukup lama dan nampaknya penantian berterusan buat Arsenal.
Arsenal pernah tewas kepada pasukan divisyen keempat, Bradford, pada 2012 selain kekalahan final EFL di tangan pasukan divisyen ketiga, Swindon, pada 1969.
Full-time at Highbury Stadium. https://t.co/Bpqtbxpy69
— Arsenal (@Arsenal) October 27, 2026