awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
11/09/2023
12:31 MYT
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.6725/6760 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6745/6795 pada Jumaat minggu lepas. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini disokong oleh data Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) terbaharu, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.6725/6760 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6745/6795 pada Jumaat minggu lepas.
Ketua ahli ekonomi dan ketua kewangan sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasangan dolar AS/ringgit bergerak dalam jajaran ketat hari ini antara 4.672 hingga 4.6803, susulan data IPP Malaysia bagi bulan Julai yang lebih tinggi daripada jangkaan pada 0.7 peratus.
Peningkatan yuan, selepas bank pusat China memberi amaran ia tidak akan bertoleransi dengan pergerakan berlebihan mata wang itu, juga membantu meningkatkan sentimen bagi ringgit.
Bagaimanapun, sentimen pasaran masih tidak menentu menjelang pengumuman data inflasi AS pada minggu ini, katanya.
Mohd Afzanizam berkata pembentangan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK12 2021-2025 pada hari ini menunjukkan kerajaan terus komited untuk mengekalkan defisit fiskal mengecil kepada antara 3.0-3.5 peratus menjelang 2025.
"Ini akan membantu menaikkan nilai ringgit kerana akan ada langkah-langkah untuk meningkatkan tabung kerajaan," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan turun berbanding euro kepada 5.0145/0183 daripada paras penutup 5.0031/0085 pada Jumaat minggu lepas, susut berbanding pound Britain kepada 5.8551/8595 daripada 5.8352/8414 dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 3.1855/1881 daripada 3.1741/1777.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya kukuh berbanding mata wang negara-negara Asean.
Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.4334/4362 daripada 3.4277/4312 tetapi naik sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 304.7/305.1 daripada 304.9/305.4, meningkat berbanding baht Thai kepada 13.1583/1755 daripada 13.1591/1787 dan naik sedikit berbanding peso Filipina kepada 8.24/8.25 daripada 8.25/8.26.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mata wang
#dolar Singapura
#Indeks Pengeluaran Perindustrian
#paras penutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan