awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal

Bernama
Bernama
19/02/2025
02:00 MYT
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah peningkatan Indeks Dolar AS (DXY) dan kenaikan bon Perbendaharaan negara maju itu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah peningkatan Indeks Dolar AS (DXY) dan kenaikan bon Perbendaharaan negara maju itu, kata penganalisis.
Pada 8.21 pagi, ringgit berada di paras 4.4430/4490 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4480, semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, DXY meningkat sebanyak 0.41 peratus kepada 107.009 mata manakala hasil bon Perbendaharaan AS masing-masing dua tahun dan 10 tahun juga naik sebanyak lima mata asas dan tujuh mata asas kepada 4.31 peratus dan 4.55 peratus.
"Prestasi ini berlaku susulan ulasan Presiden Rizab Persekutuan San Francisco Mary Daly bahawa Kadar Dana Rizab Persekutuan (Fed) AS perlu kekal ketat sehingga ada bukti jelas inflasi bergerak ke arah sasaran dua peratus.
"Berikutan itu, ringgit dijangka diniagakan dalam julat kecil berbanding dolar AS pada hari ini," katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata, ketidaktentuan dasar mengenai tarif import selain perkembangan perang Ukraine dengan Rusia yang kelihatan positif serta cadangan berkaitan Gaza, telah mencetuskan sentimen bercampur-campur berikutan ketidakpastian elemen ini dalam mengurangkan risiko geopolitik.
Pada masa sama, minat dan penolakan risiko juga dijangka menjadi lebih lazim dan menyebabkan ketidakentuan dalam pasaran kewangan.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ini termasuk meningkat berbanding euro kepada 4.6407/6470 daripada 4.6511/6553 pada Selasa dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9246/9287 daripada 2.9272/9302 semalam, namun susut berbanding pound Britain kepada 5.6080/6155 daripada 5.6030/6080 sebelum ini.
Selain itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Berbanding dolar Singapura, ringgit meningkat kepada 3.3095/3142 daripada 3.3115/3150 semalam dan susut berbanding baht Thailand kepada 13.1942/2194 daripada 13.1881/2067.
Ringgit diniagakan hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia dan peso Filipina kepada 272.9/273.4 daripada 272.9/273.3 semalam dan 7.63/7.65 daripada 7.63/7.64. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#Indeks Dolar AS
#Fed AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan