awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit rendah berbanding dolar AS menjelang pengumuman OPR, FOMC

Bernama
Bernama
03/11/2021
02:44 MYT
Ringgit rendah berbanding dolar AS menjelang pengumuman OPR, FOMC
Pada 9.15 pagi, nilai unit tempatan itu menyusut untuk disebut harga pada 4.1500/1535 berbanding dolar AS.
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini menjelang pengumuman kadar dasar semalaman (OPR) oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia selain mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang dijadualkan berakhir malam ini.
Pada 9.15 pagi, nilai unit tempatan itu menyusut untuk disebut harga pada 4.1500/1535 berbanding dolar AS daripada 4.1480/1495 semasa mengakhiri urus niaga petang Selasa.
Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peserta pasaran menantikan keputusan mesyuarat MPC tengah hari ini dan ingin tahu mengenai penilaian terkini BNM terhadap keadaan ekonomi.
Sementara itu, mesyuarat FOMC dijangka dimuktamadkan malam ini.
"Setakat ini, data ekonomi di AS masih menggalakkan di tengah-tengah tekanan inflasi yang semakin meningkat. Sekiranya Rizab Persekutuan cenderung untuk menaikkan kadar faedah, ia boleh melonjakkan nilai dolar AS.
"Malah hari ini, ringgit mungkin berada dalam jajaran yang sempit," kata beliau kepada Bernama
Bagaimanapun, ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0777/0808 daripada 3.0781/0796 semalam dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6439/6469 daripada 3.6543/6556.
Unit tempatan itu juga lebih tinggi berbanding euro kepada 4.8057/8098 daripada 4.8104/8122 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6527/6575 daripada 5.6587/6607.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan