KUALA LUMPUR: Ringgit susut berbanding dolar AS pagi ini, menjelang keputusan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) hari ini.
Pada 9.05 pagi, unit tempatan berada pada 4.1525/1550 berbanding dolar AS daripada 4.1495/1530 semasa ditutup pada Rabu.
Seorang penganalisis berkata mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari bank pusat pada hari ini akan membuat keputusan mengenai OPR, yang akan memberi petunjuk mengenai situasi ekonomi semasa dan prospek pemulihan Malaysia.
Sebelum ini, OCBC Bank berkata pengurangan prospek pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2021 Malaysia mungkin menjadi permulaan kepada potensi penurunan OPR.
Pada bulan lepas, Gabenor BNM Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2021 telah disemak semula kepada antara tiga dan empat peratus, lebih rendah daripada unjuran awal antara enam dan tujuh peratus.
Beliau berkata unjuran pertumbuhan yang lebih rendah itu berikutan penguatkuasaan semula langkah-langkah pembendungan COVID-19 di seluruh negara susulan peningkatan kadar jangkitan tempatan.
Sementara itu, kedudukan dolar AS yang selamat membantu mata wang AS itu untuk mengekalkan aliran meningkatnya walaupun terdapat tanda-tanda bahawa pertumbuhan ekonomi AS terjejas oleh peningkatan semula kes koronavirus dan cabaran lain.
Tinjauan terkini Rizab Persekutuan AS mengenai keadaan perniagaan di negara itu menunjukkan aktiviti ekonomi di negara tersebut "merosot" pada Julai dan Ogos berikutan kebimbangan yang meningkat mengenai kes COVID-19, masalah rantaian bekalan dan kekurangan tenaga kerja.
Dalam negara, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan tidak berubah berbanding dolar Singapura kepada 3.0828/0849 daripada 3.0828/0857 pada Rabu manakala merosot berbanding euro kepada 4.9058/9087 daripada 4.9026/9068 sebelum ini.
Ia turut susut berbanding yen Jepun kepada 3.7681/7708 daripada 3.7632/7672 dan merosot berbanding pound kepada 5.7147/7181 daripada 5.7082/7129 semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 09 2021
Kedudukan dolar AS yang selamat membantu mata wang AS itu mengekalkan aliran meningkatnya walaupun terdapat tanda-tanda bahawa pertumbuhan ekonomi AS terjejas oleh peningkatan semula kes COVID-19. - Gambar hiasan
Sentuhan berbisa Erling Haaland hakis kegusaran Guardiola
Kemenangan itu melanjutkan rekod tanpa kalah Man City dalam EPL kepada 20 perlawanan.
AWANI Ringkas: PM: Kerajaan belum ada keputusan muktamad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Hatrik Cristiano Ronaldo belasah Al Wedha
Pemain veteran Portugal itu dua kali menemui penyudah dalam tempoh 12 minit pertama sebelum melengkapkan hatriknya selepas rehat.
Lapan tahun rogol anak, suami isteri ditahan
Hasil siasatan awal dapati kejadian berlaku sejak tahun 2016 sehinggalah kejadian terbaru pada tahun 2024 dan semua kejadian berlaku dalam bilik rumahnya di Kampung Chuah, Port Dickson.
Dakwaan Subsidi: PM tegaskan kerajaan belum buat keputusan
Tegas Perdana Menteri, setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad diputuskan kerajaan berhubung subsidi bahan terbabit walaupun ada perbincangan awal bersama Jemaah Menteri.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Ibu bapa boleh daftarkan anak-anak yang berusia 10 hingga 12 tahun secara percuma melalui web rasmi www.astro.com.my/rancangan/kem-badminton atau boleh juga walk-in pada tarikh yang ditetapkan di lokasi berdekatan anda.
Panama bersedia untuk Pemilihan Presiden
Rakyat Panama berharap pilihan raya itu akan membawa perubahan dalam kepimpinan negara.
Kabinet belum bincang isu kenaikan harga petrol, diesel - PM
Laporan negatif media asing berhubung isu itu dilihat dibuat tanpa fakta sahih yang disemak terlebih dahulu.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
Bank Islam berjaya kurangkan impak OPR pada 2023
Bank Islam Malaysia Bhd berjaya mengurangkan impak OPR yang tidak berubah seterusnya membawa kepada NIM yang bertambah baik pada tahun lepas.
AmBank Group kekalkan unjuran KDNK pada 4.5 peratus tahun ini
AmBank percaya pemulihan secara statistik memainkan peranan, dengan penggunaan swasta dan eksport bersih dijangka meningkat pada 2024.
Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka pada 2.5 peratus tahun ini - Bank Dunia
Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka menyederhana kepada sekitar 2.5 peratus pada 2024, mencerminkan keadaan kos dan permintaan yang stabil.
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
BNM dijangka kekalkan OPR tidak berubah sepanjang 2024 - BMI
BMI berkata terdapat dua alasan yang menyokong pandangannya bahawa BNM akan mengekalkan kadar pada mesyuarat seterusnya pada 9 Mei 2024.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7025/7080 berbanding dolar AS daripada 4.7295/7350 semasa ditutup pada Rabu.
Kadar OPR kekal 3 peratus, BNM mahu dasar monetari kekal kondusif
MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS menjelang pengumuman OPR
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7145/7190 daripada 4.7295/7350 yang dicatat semalam.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS menjelang pengumuman OPR
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7200/7250 berbanding dolar AS daripada 4.7440/7480 semasa ditutup pada Jumaat.
Ringgit dijangka cecah 4.20-4.40 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini
Ringgit dijangka mencecah paras 4.20-4.40 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini memandangkan kemungkinan besar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) akan menurunkan kadar faedahnya.