awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit terus alami penurunan berbanding dolar AS susulan kebimbangan kadar tarif

Bernama
Bernama
08/04/2025
12:18 MYT
Ringgit terus alami penurunan berbanding dolar AS susulan kebimbangan kadar tarif
Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.4885/4930 berbanding dolar AS daripada 4.4775/4840 ketika ditutup pada Isnin. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan terjejas oleh kebimbangan pasaran yang berlarutan terhadap kadar tarif Presiden AS Donald Trump.
Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.4885/4930 berbanding dolar AS daripada 4.4775/4840 ketika ditutup pada Isnin.
Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding mata wang utama yang lain.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit seketika mencecah RM4.5000 berbanding dolar AS semasa sesi dagangan awal pagi sebelum meningkat sedikit kemudiannya pada hari yang sama.
Beliau berkata, Trump nampaknya bertekad mempertahankan pendirian dasarnya dan terus mengamalkan pendekatan konfrontasi terhadap negara yang bertindak balas terhadap tarif AS, selain menunjukkan tempoh gangguan berkaitan tarif yang berpanjangan.
"Masih belum pasti sejauh mana pentadbiran Trump akan terbuka untuk rundingan dengan negara-negara lain dan ini jelas menambah ketidakpastian terhadap prospek ekonomi global pada tahun ini.
"Pasaran mata wang dijangka kekal tidak menentu dalam jangka pendek," katanya kepada Bernama.
Ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding mata wang utama hari ini.
Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.0501/0533 daripada 3.0655/0704 dan naik berbanding euro kepada 4.9005/9055 daripada 4.9100/9172 serta meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7210/7268 daripada 5.7491/7575 semalam.
Ringgit kebanyakannya melonjak berbanding mata wang ASEAN yang lain.
Ringgit lebih tinggi berbanding baht Thailand kepada 12.8898/9094 daripada 12.9128/9408 dan naik sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 265.7/266.1 daripada 266.1/266.6 ketika ditutup semalam.
Mata wang tempatan tersebut mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.3224/3259 daripada 3.3228/3281 sebelumnya, tetapi turun berbanding peso Filipina kepada 7.83/7.84 daripada 7.79/7.81.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#dolar AS
#Donald Trump
#mata wang tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan