awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit terus lemah, ditutup rendah berbanding dolar AS

Bernama
Bernama
08/11/2023
14:01 MYT
Ringgit terus lemah, ditutup rendah berbanding dolar AS
Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat agak ketara pada Isnin berikutan laporan pekerjaan terkini AS. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan penurunan semalam untuk ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, berikutan ia terus mengalami pembetulan teknikal selepas meningkat dalam tempoh tiga hari yang lepas, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.6800/6860 berbanding dolar AS 4.6675/6725 ketika ditutup pada Selasa.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat agak ketara pada Isnin berikutan laporan pekerjaan terkini Amerika Syarikat (AS).
Beliau menjangkakan pasaran berkemungkinan akan menilai semula pendirian masa hadapan Rizab Persekutuan AS susulan sasaran menuju inflasi dua peratus mungkin mengambil masa untuk dicapai.
Ini juga termasuk tarikh penting seperti kemungkinan penutupan kerajaan AS pada 17 Nov, katanya.
"Oleh itu, kemungkinan mod menghindari risiko dalam tempoh terdekat juga boleh memacu permintaan yang lebih tinggi untuk dolar AS," kata Mohd Afzanizam kepada Bernama.
Ketika penutup dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ia turun berbanding yen Jepun kepada 3.1045/1087 daripada 3.1026/1061 ketika ditutup pada Selasa, susut berbanding euro kepada 4.9917/9981 daripada 4.9863/9916 tetapi mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.7321/7394 daripada 5.7415/7476.
Berbanding mata wang Asean lain, ringgit juga merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4493/4540 daripada 3.4444/4483 pada Selasa dan menyusut berbanding bhat Thai kepada 13.1453/1670 daripada 13.1154/1346 sebelum itu.
Ia turut turun berbanding peso Filipina kepada 8.35/8.37 daripada 8.31/8.33 dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 298.9/299.5 daripada 298.4/298.9 ketika ditutup pada Selasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit susut
#masa hadapan
#pembetulan teknikal
#menuju inflasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan