KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum meningkatnya berbanding dolar AS hari ini dengan ditutup pada 4.38, paras paling tinggi yang dicatatkan sejak Jun tahun ini, kata seorang peniaga.
Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, peningkatan ringgit itu disokong oleh sentimen lemah dolar AS, harapan tinggi pembukaan semula China dan keyakinan menjelang pengumuman Kabinet Malaysia.
Pada 6 petang, unit tempatan mengukuh kepada 4.3835/3925 berbanding dolar AS daripada paras 4.4030/4100 pada Khamis.
Kali terakhir ringgit diniagakan pada paras ini adalah pada Jun tahun ini pada 4.3835 berbanding dolar AS.
Innes berkata, para peniaga pertukaran asing terus mengunjurkan bahawa kitaran kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) (Fed) akan berakhir dan merasakan data gaji bukan ladang AS yang kukuh boleh menyediakan sokongan kepada dolar AS.
"Oleh itu, pengeksport tempatan terus menjual dolar manakala peniaga mata wang tempatan terus mengambil kira ringgit yang kukuh dan ini dijangka menjadi trend sehingga ke akhir tahun," katanya kepada Bernama sambil menambah ringgit juga dijangka dipengaruhi oleh pergerakan mata wang serantau,
Innes berkata, pasaran domestik juga mengukuh, mendapat sokongan daripada jangkaan kestabilan politik dengan pelantikan Kabinet baharu dijangka membuka laluan bagi belanjawan yang mesra ekonomi dan pasaran.
Sementara itu ringgit menyusut berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Unit tempatan turun berbanding euro kepada 4.6136/6231 daripada 4.5976/6049 pada Khamis dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2463/2535 daripada 3.2420/2474.
Ringgit jatuh berbanding pound Britain kepada 5.3781/3892 daripada 5.3501/3586 dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 3.2698/2768 daripada 3.2282/2336 sebelumnya. - BERNAMA
Bernama
Fri Dec 02 2022
Ringgit meneruskan momentum meningkatnya berbanding dolar AS hari ini dengan ditutup pada 4.38, paras paling tinggi yang dicatatkan sejak Jun tahun ini. - Gambar fail BERNAMA
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan
Ringgit dijangka didagangkan dalam julat kecil 4.67 hingga 4.69 berbanding dolar AS minggu depan disebabkan ketiadaan data ekonomi utama.
Kaji semula had minimum dasar tukaran asing pengeksport bagi kukuhkan ringgit - DPMM
Nilai eksport negara yang melebihi RM100 bilion setiap bulan adalah satu jumlah besar yang sepatutnya memberi kelebihan kepada permintaan ringgit.
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7375/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7380/7405 pada akhir urus niaga semalam.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Ringgit ditutup lebih positif, terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7535/7555 pada Khamis.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.