awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit terus menyusut hari keempat berturut-turut

Bernama
Bernama
16/04/2020
12:32 MYT
Ringgit terus menyusut hari keempat berturut-turut
Ringgit melemah kepada 4.3700/3780 berbanding dolar AS daripada 4.3350/3400 semasa ditutup pada Rabu. - REUTERS/Edgar Su
Ringgit terus menyusut untuk hari keempat berturut-turut selepas data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang suram telah menyebabkan permintaan ke atas dolar AS meningkat.
Pada 6 petang, ringgit melemah kepada 4.3700/3780 berbanding dolar AS daripada 4.3350/3400 semasa ditutup pada Rabu.
Ketua Strategi Pemasaran Global AxiCorp, Stephen Innes berkata putaran 180-darjah dalam sentimen risiko telah mencetuskan penurunan yang curam dalam pasaran ekuiti global, menyebabkan pelabur kembali berteduh di bawah dolar.
"Penurunan dalam aktiviti ekonomi AS bagi Mac-April adalah luar biasa dan kejatuhan harga minyak terus menyeramakkan sentimen, mencetuskan gelombang turun naik yang lebih tinggi daripada aset," katanya.
Menurut data Jabatan Perdagangan AS yang dikeluarkan Rabu, jualan runcit menjunam kepada rekod 8.7 peratus pada Mac disebabkan oleh kesan ekonomi COVID-19, kejatuhan dari bulan ke bulan yang terbesar sejak data itu mula dikesan pada 1992.
Sementara itu, Rizab Persekutuan AS melaporkan kemerosotan pengeluaran perindustrian AS sebanyak 5.4 peratus pada bulan yang sama, prestasi terburuk sejak 1946.
Para pelabur turut menunggu pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar untuk suku pertama China esok (17 Apr).
Selain dolar US, ringgit juga diniagakan lebih rendah berbanding dengan sekumpulan mata wang utama.
Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0604/0673 daripada 3.0487/0529 dan lemah berbanding Yen kepada 4.0549/0635 daripada 4.0371/0425 yang dicatatkan semalam.
Ringgit juga adalah lebih rendah berbanding pound British kepada 5.4503/4620 daripada 5.4270/4350 dan menurun berbanding euro kepada 4.7489/7593 daripada 4.7390/7462.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#ekonomi
#harga minyak
#koronavirus
#ringgit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan