awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inisiatif pembiayaan KUSKOP perkukuh akses pembiayaan PMKS - FMM
Guru obesiti 350kg terlantar dalam bilik air
12 hektar hutan tanah gambut di Muar terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit tidak berubah berbanding dolar US

Bernama
Bernama
19/01/2024
12:33 MYT
Ringgit tidak berubah berbanding dolar US
Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.7160/7210 berbanding dolar US 4.6465/6510 ketika ditutup pada Khamis. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar US hari ini selepas unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat yang lebih rendah daripada jangkaan dikeluarkan hari ini.
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini berkata ekonomi Malaysia dijangkakan berkembang pada 3.4 peratus pada suku keempat 2023 berbanding 3.3 peratus pada suku sebelumnya.
Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.7160/7210 berbanding dolar US 4.6465/6510 ketika ditutup pada Khamis.
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata unjuran KDNK suku keempat 2023 adalah jauh di bawah jangkaan konsensus sebanyak 4.1 peratus.
Beliau berkata eksport pada Disember 2023 juga mengecewakan, merosot 10 peratus iaitu lebih daripada unjuran konsensus penguncupan lima peratus.
"Melangkah ke hadapan, sentimen harus berkisar pada masa untuk pengurangan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS)," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan tinggi berbanding euro pada 5.1324/1379 daripada 5.1339/1394 ketika ditutup pada Khamis dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.1871/1907 daripada 3.1903/1939.
Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding pound Britain kepada 5.9822/9886 daripada 5.9782/9845 sebelumnya.
Pada masa sama, mata wang tempatan didagangkan kebanyakannya rendah berbanding mata wang negara ASEAN.
Ia merosot berbanding baht Thai kepada 13.2733/2941 daripada 13.2475/2675 ketika ditutup pada Khamis dan menguncup berbanding dolar Singapura kepada 3.5176/5216 daripada 3.5098/5141.
Ringgit berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 301.9/302.4 daripada 301.8/302.3 bagaimanapun melonjak berbanding peso Filipina kepada 8.43/8.44 daripada 8.45/8.46 semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDNK
#suku keempat
#ekonomi malaysia
#mata wang tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan