awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal

Bernama
Bernama
16/12/2024
01:45 MYT
Ringgit tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal pada Isnin, dengan pasaran menjangka mata wang tempatan kekal rendah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal pada Isnin, dengan pasaran menjangka mata wang tempatan kekal rendah berikutan pelabur menantikan unjuran ekonomi suku tahunan 2025 oleh Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC).
Pada 8.02 pagi, ringgit berada pada 4.4470/4530 berbanding dolar AS daripada 4.4475/4525 pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, tumpuan pada minggu ini adalah pada mesyuarat FOMC selama dua hari yang akan bermula esok.
“Pada masa ini, penurunan sebanyak 25 mata asas telah diambil kira tetapi apa yang lebih penting ialah prospek kadar faedah pada 2025, terutamanya dengan pentadbiran baharu yang dijangka menggunakan tarif import untuk merancakkan ekonomi Amerika Syarikat (AS),” katanya kepada Bernama.
Mohd Afzanizam berkata, Indeks Dolar AS (DXY) kekal tinggi apabila ia mencecah 107 mata.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.
Ia mengukuh berbanding pound kepada 5.6166/6241 daripada 5.6203/6266 pada Jumaat lepas manakala merosot berbanding yen Jepun kepada 2.8995/9036 daripada 2.8987/9022.
Mata wang tempatan berkurangan berbanding euro kepada 4.6747/6810 daripada 4.6632/6684 pada Jumaat lepas.
Ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.
Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.2997/3044 daripada 3.2971/3011 pada Jumaat lepas dan merosot berbanding baht Thailand kepada 13.0334/0621 daripada 13.0261/0472.
Ringgit mendatar berbanding rupiah Indonesia pada 277.7/278.2 sejak Jumaat lepas dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 7.60/7.62 semasa ditutup pada Jumaat lepas. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#mata wang tempatan
#unjuran ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan