awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Risiko iklim kian meruncing, Majlis Pengurusan Bencana Negara perlu ditubuhkan - Lee Lam Thye
Venezuela mula bebaskan tahanan politik menurut Trump, gesa pelaburan minyak AS$100 bilion
Jerman gesa AS hormat kedaulatan wilayah Greenland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit tinggi berbanding dolar AS, kebimbangan mengenai Omicron reda tingkatkan minat risiko

Bernama
Bernama
24/12/2021
02:22 MYT
Ringgit tinggi berbanding dolar AS, kebimbangan mengenai Omicron reda tingkatkan minat risiko
Ringgit didagangkan tinggi kebanyakannya berbanding dengan kumpulan mata wang utama selain dolar AS.
KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran meningkat ketika dibuka pada Jumaat memandangkan kebimbangan terhadap Omicron yang telah reda membantu melonjakkan minat risiko pelabur.
Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.1960/2010 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.1980/2020 ketika ditutup pada Khamis.
Data menunjukkan Omicron mempunyai risiko kemasukan ke hospital yang rendah manakala pesakitnya juga mengalami gejala yang lebih ringan.
Peniaga berkata sentimen yang semakin baik itu dijangka memberikan sokongan untuk ringgit berlegar pada paras semasa.
Di peringkat domestik, semalam, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata kadar penerimaan dos penggalak vaksin COVID-19 adalah baik, namun majoriti memilih untuk mengambil dos penggalak daripada jenis yang sama (homologous) dengan dos primer.
Sementara itu, ringgit didagangkan tinggi kebanyakannya berbanding dengan kumpulan mata wang utama.
Unit tempatan naik berbanding pound Britain kepada 5.6235/6302 daripada 5.6257/6311 ketika ditutup pada Khamis dan tinggi berbanding euro kepada 4.7516/7572 daripada 4.7521/7567.
Ringgit kukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6672/6719 daripada 3.6721/6760 namun susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0905/0951 daripada 3.0874/0908 semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#kebimbangan terhadap Omicron
#pelabur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan