awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rizab antarabangsa Bank Negara berjumlah AS$111.4 bilion pada 30 Jun

Bernama
Bernama
07/07/2023
08:20 MYT
Rizab antarabangsa Bank Negara berjumlah AS$111.4 bilion pada 30 Jun
Menurut Bank Negara, paras rizab ketika ini memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) merosot kepada AS$111.4 bilion pada 30 Jun 2023 (AS$1=RM4.4.66) daripada AS$113 bilion dicatatkan pada 15 Jun 2023.
Dalam kenyataan hari ini, BNM berkata paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.
Katanya paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.0 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa ialah rizab mata wang asing (AS$99.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$5.7 bilion), emas (AS$2.4 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.7 bilion).
Jumlah aset sebanyak RM622.48 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM522.05 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.59 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM23.60 bilion), tanah dan bangunan (RM4.14 bilion) dan aset-aset lain (RM60.09 bilion).
BNM berkata modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM181.92 bilion), mata wang dalam edaran (RM160.11 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM182.29 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM6.39 bilion), deposit-deposit lain (RM38.25 bilion), kertas Bank Negara (RM19.41 bilion), peruntukan SDR (RM29.96 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.05 bilion).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rizab antarabangsa
#Bank Negara Malaysia
#BNM
#ekonomi malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan