Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM429.1 bilion, bersamaan dengan US$140.3 bilion, pada 15 Feb, 2013.

Dalam satu kenyataan Jumaat, bank pusat itu berkata, paras rizab ini memadai untuk membiayai 9.5 bulan import tertangguh dan merupakan 4.6 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Ia berkata rizab antarabangsa ini terdiri daripada rizab mata wang asing (US$126.8 bilion), rizab Tabung Mata Wang Antarabangsa (US$900 juta), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$2 bilion), emas (US$1.9 bilion) dan aset rizab lain (US$8.7 bilion).

Keseluruhan aset Bank Negara, termasuk rizab antarabangsa, berjumlah RM478.81 bilion.

Aset-asetnya yang lain termasuk kertas kerajaan Malaysia (RM2.18 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM29.06 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM9.45 bilion) dan aset-aset lain (RM9.02 bilion).

Modal dan liabilitinya terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), dana rizab am (RM14.37 bilion), rizab-rizab lain (RM10.08 bilion), mata wang dalam edaran (RM74.87 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM185.91 bilion), deposit Kerajaan Persekutuan (RM10.78 bilion), deposit-deposit lain (RM4.23 bilion), kertas Bank Negara (RM143.98 bilion), peruntukan SDR (RM6.33 bilion) dan liabiliti lain (RM28.17 bilion).