awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM perlu perkasa aset, jaga pertahanan perairan negara - Ahmad Faridi

Bernama
Bernama
01/02/2024
10:42 MYT
APMM perlu perkasa aset, jaga pertahanan perairan negara - Ahmad Faridi
Ahmad Faridi berkata APMM yakin kerajaan tetap komited dalam melengkapkan aset laut dan udara agensi itu. - Facebook Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
KUALA LUMPUR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) perlu memperkasakan aset, kapasiti sumber manusia dan latihan kemahiran demi mempertahan perairan negara.
Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah APMM Laksamana Pertama Maritim Ahmad Faridi Ferdaus berkata walaupun tidak mencukupi namun aset sedia ada masih boleh dioptimumkan penggunaannya.
Beliau berkata APMM yakin kerajaan tetap komited dalam melengkapkan aset laut dan udara agensi itu.
"Alhamdullilah pada Januari tahun ini, APMM telah menerima sebuah kapal peronda luar pesisir pertama (OPV1) yang akan dilancar dan dinamakan pada awal Mac ini di Sarawak," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program 'Apa Khabar Malaysia' anjuran Bernama TV di sini hari ini.
Pada 3 Jan lepas, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Ruji Ubi berkata OPV1 itu mampu bertindak sebagai kapal induk bagi memperkuat kesiapsiagaan APMM dalam menjaga perairan negara.
Ruji berkata kapal itu, yang dibina menggunakan reka bentuk Damen 1800 berukuran 83 meter panjang dan lebar 13.7 meter, berkeupayaan melakukan operasi di laut dalam jangka panjang iaitu 21 hari tanpa ulang bekal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Faridi Ferdaus
#APMM
#aset
#pertahanan
#perairan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan