KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$108.5 bilion pada 31 Okt, 2023.

Menurut bank pusat, paras rizab itu memadai untuk membiayai 5.1 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 1.0 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa itu meliputi rizab mata wang asing (AS$96.5 bilion); kedudukan rizab Tabung Kewangan Antabangsa (IMF) (AS$1.3 bilion); hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.7 bilion); emas (AS$2.3 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.7 bilion).

Jumlah aset sebanyak RM610.34 juta merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR (RM509.36 bilion); Kertas Kerajaan Malaysia (RM13.01 Bilion); pinjaman dan pendahuluan (RM23.99 bilion); tanah dan bangunan (RM4.14 bilion), serta aset-aset Lain (RM59.84 bilion) .

BNM memaklumkan bahawa modal berbayar (RM100 juta); rizab (RM165.01 juta), mata wang dalam edaran (RM158.20 bilion); deposit oleh institusi kewangan (RM172.78 bilion); deposit oleh Kerajaan Persekutuan (RM4.61 bilion) serta lain-lain (RM37.87 bilion), Kertas Bank Negara (RM36.76 bilion); peruntukan hak pengeluaran khas (RM29.85 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM5.16 bilion).

-- BERNAMA