awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM31.7 juta dana penyelenggaraan untuk Pulau Pinang

Bernama
Bernama
22/06/2020
08:06 MYT
RM31.7 juta dana penyelenggaraan untuk Pulau Pinang
Jagdeep juga mengumumkan bahawa Pulau Pinang telah menetapkan satu rekod baharu bagi kadar pematuhan prosidur operasi standard (SOP).
Sehingga Jun tahun ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah meluluskan sejumlah RM31.7 juta dana penyelenggaraan untuk Pulau Pinang.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Negeri, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Negeri, Jagdeep Singh Deo hari ini berkata, 75 projek penyelenggaraan telah diluluskan di bawah empat dana persekutuan yang berasingan.
Beliau berkata, sumber bagi kesemua empat dana persekutuan itu adalah untuk Program Penyelenggaraan Perumahan (PPP), Dana Penyelenggaraan Perumahan (TPPM) serta dua pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan pada 27 Feb dan 27 Mac yang lepas.
"Tujuh (daripada 75) projek penyelenggaraan dengan jumlah kos RM5.25 juta diluluskan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE Prihatin) sejak 1 Jun tahun ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau juga berkata, tujuh projek yang diluluskan di bawah PRE Prihatin itu adalah untuk menaiktaraf 21 lif di tujuh daripada sembilan blok di Flat Rifle Range di sini.
Menurut beliau, ketujuh-tujuh blok yang kerja-kerja menaiktaraf sedang dijalankan ialah Blok A, B, C, E, F, G dan J, manakala kerja-kerja penyelenggaraan lif di Blok D dan H telah dijalankan sejak 2017.
"Projek menaiktaraf lif berkenaan sedang dijalankan dan kami menjangka ia akan dapat disiapkan pada akhir tahun ini," katanya.
Beliau menambah bahawa setiap blok berkenaan terdapat tiga lif dan kerja-kerja menaiktaraf bagi setiap lif melibatkan kos RM250,000.
Jagdeep juga mengumumkan bahawa Pulau Pinang telah menetapkan satu rekod baharu bagi kadar pematuhan prosidur operasi standard (SOP).
Beliau berkata, setakad 21 Jun, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah memeriksa 166,835 premis di pulau ini bagi memastikan pematuhan SOP dan mencatatkan kadar pematuhan 99.67 peratus.
"Pada hari yang sama, kadar pematuhan SOP di tanah besar mencatatkan 99.25 peratus selepas MBPP menjalankan pemeriksaan di 293,804 premis," ambah beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dana Penyelenggaraan Perumahan
#ekonomi
#kerajaan tempatan
#Media
#operasi
#Program Penyelenggaraan Perumahan
#pulau pinang
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan