KUALA LUMPUR: 'Rumahku Syurgaku' frasa yang biasa diungkapkan bagi menggambarkan keselesaan kita bebas berada di rumah sendiri tanpa perlu bimbang dengan apa yang orang lain fikirkan tentang kita.
Namun dalam konteks dunia moden hari ini, adakah rumah atau hartanah dianggap sebagai aset atau liabiliti bagi tempoh jangka panjang?
Bolehkah kita, terutamanya kumpulan isi rumah berpendapatan terendah (B40) dan kumpulan pertengahan (M40) memiliki kewangan yang mencukupi untuk mendepani peningkatan inflasi dan kelakmya memiliki rumah kita sendiri?
Hartanah Masih Lagi Bentuk Pelaburan yang Menjadi Pilihan Utama
Faizal Bhana, pengarah Jersey Finance bagi Timur Tengah, Afrika dan India berkata pelaburan hartanah masih lagi menjadi pelaburan pilihan utama dan kekal sebagai kelas aset yang sangat menarik dan di samping itu adalah pematuhan syariah daripada perspektif pelaburan Islam bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia.
Beliau berkata laporan Global Attitudes to Islamic Wealth Management Jersey Finance (Pandangan Global terhadap Pengurusan Harta Islam Jersey Finance) menilai hartanah dan prasarana sebagai portfolio paling penting pada hari ini dan bagi tempoh 18 bulan akan datang.
"Kelas aset ini sinonim dengan kestabilan dan susulan pandemik, profil pulangan stabil dan ciri-ciri disokong aset menyediakan jaminan yang amat diperlukan kepada pelabur yang berpandangan jauh dan berurusan dengan pelaburan jangka panjang.
"Ini adalah berkaitan strategi dan perancangan pelaburan bagi pelabur yang tertumpu kepada pelaburan peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa," kata pengurus harta antarabangsa itu.
Mengenai sama ada peningkatan kadar faedah pasca COVID-19 akan menyebabkan hutang isi rumah semakin tinggi, beliau berkata pemingkatan itu dijangka membawa impak minimum.
"Hartanah dilihat sebagai satu penyelesaian jangka panjang untuk menangani kemeruapan dan ketidaktentuan sebagai sebahagian daripada portfolio pelaburan," katanya.
Pandangan Faizal itu turut dikongsi bersama oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang sering dalam ucapannya berkata bahawa pembelian rumah pada usia muda boleh meningkatkan kekayaan seseorang individu.
Justeru, telah menjadi aspirasi kerajaan di bawah kementerian tersebut serta Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) yang diaktifkan semula untuk meningkatkan kualiti rumah mampu milik bagi golongan muda.
Meskipun menjadi impian ramai untuk memiliki rumah sendiri, terutamanya golongan muda, persoalannya adalah sama ada kita memiliki rumah mampu milik yang mencukupi bagi mereka, dan yang paling penting, sama ada ia memenuhi kriteria khusus penanda aras kualiti?
Sejauh Mana Kejayaan Program Rumah Mampu Milik Kita?
Mengambil Perbadanan PR1MA Malaysia sebagai contoh, semasa di awal penubuhannya dengan aspirasi membina 500,000 rumah, majoriti rakyat Malaysia gembira dengan inisiatif itu.
Sedekad berlalu dan PR1MA ketika ini membina 21,580 unit rumah dan telah menyiapkan pembinaan 27,821 unit. Ini menjadikan jumlah keseluruhannya adalah sebanyak 49,401 di seluruh negara.
Bagaimanapun unit yang siap dibina itu hanya 5.0 peratus daripada jumlah sasaran manakala keseluruhan yang disiapkan hanya kira-kira 10 peratus.
Apa yang lebih mengejutkan adalah, daripada 61 projek yang diumumkan, 21 kini dianggap sebagai bermasalah atau "projek sakit".
Itu belum lagi mengambil kira kelewatan menyiapkan pembinaan rumah seperti projek di Rantau, Port Dickson, Negeri Sembilan, Melaka Tengah 2 dan Brickfields, Kuala Lumpur dan walaupun selepas siap, kecacatan rumah masih di tahap yang amat tinggi seperti apa yang berlaku dengan projek mereka di Tebrau.
Kelewatan menyiapkan rumah bukan hanya berlaku dalam projek PR1MA, tetapi juga dalam projek Syarikat Perumahan Nasional Bhd (SPNB), termasuk Pangsapuri Aspire Residence Fasa 1, Cyberjaya A.
Bagi pembeli rumah, kelewatan pembina akan menambahkan lagi kos kepada mereka. Membeli rumah bukan hanya sekadar melibatkan pembayaran pinjaman tetapi juga insurans seperti Takaful Pengurangan Gadai Janji (MRTT) dan Jaminan Jangka Tempoh Gadai Janji (MLTA).
Meskipun dibayar Ganti Rugi Tertentu Dan Ditetapkan (LAD) bagi kelewatan itu, ia tidak dapat menampung komitmen kewangan mereka kerana kebanyakan daripada yang membeli rumah ini adalah kumpulan M40 yang telahpun mempunyai kekangan bajet.
Kelewatan itu akan menyebabkan kualiti rumah merosot selepas tempoh liabiliti kerosakan berakhir, lebih-lebih lagi sekiranya mutu rumah yang disiapkan pemaju amat teruk.
Rumah Satu Keperluan, Namun Keperluan Kualiti dan Garis Masa Juga Penting
Meskipun pelbagai langkah yang diambil kerajaan untuk meningkatkan inisiatif pemilikan rumah menerusi pelbagai kaedah seperti Program Pemilikan Rumah, MPMMN dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) untuk membina 500,000 rumah mampu milik, namun hartanah perlu dibina dengan berkualliti dan siap tepat pada masanya.
Dalam usaha negara merealisasikan konsep "Malaysia Yang Berdaya Huni", kita memerlukan rumah yang disesuaikan kepada penanda aras mampu milik dan mencapai kualiti terbaik.
Bagi unit strata, memiliki unit kediaman bukan hanya sekadar membayarnya, Pemilikan juga melibatkan yuran penyenggaraan dan kumpulan wang pelepas, antara lainnya, dan jika gagal membayarnya akan menyebabkan masalah bukan sahaja kepada mereka tetapi juga kepada pemilik rumah lain dari segi perkhidmatan yang disediakan oleh jawatankuasa pengurusan.
Meskipun rumah adalah aset jangka panjang untuk memastikan kita memiliki tempat tinggal, namun kualiti memainkan peranan amat besar dalam menentukan sama ada hartanah adalah satu liabiliti atau aset bagi tempoh jangka panjang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 20 2022
Sedekad berlalu dan PR1MA ketika ini membina 21,580 unit rumah dan telah menyiapkan pembinaan 27,821 unit. Ini menjadikan jumlah keseluruhannya adalah sebanyak 49,401 di seluruh negara. - Gambar fail/ Bernama
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Tentera Rusia berundur dari selatan Syria
Sebuah konvoi kenderaan tentera Rusia dilaporkan berundur dari wilayah selatan Syria menuju ke pangkalan tentera di Tartous, bandar pesisir Latakia, utara negara itu.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu mengeluarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah seorang wartawan dari Amerika Syarikat, Austin Tice yang hilang di Syria pada 2012.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Thailand tewaskan Malaysia 1-0
Rekod tanpa kalah skuad bola sepak negara dalam kempen Kumpulan A Piala ASEAN lebur apabila tewas 0-1 kepada Thailand dalam aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok, pada Sabtu malam.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Rumah kediaman: Aset atau liabiliti?
'Rumahku Syurgaku' frasa yang biasa diungkapkan bagi menggambarkan keselesaan kita bebas berada di rumah sendiri tanpa perlu bimbang dengan apa yang orang lain fikirkan tentang kita.