awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Russia buka kemasukan tanpa Visa

Bernama
Bernama
07/06/2013
08:50 MYT
Russia buka kemasukan tanpa Visa
Russia menyertai secara rasmi skim Kad Pelancongan Perniagaan (ABTC) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), yang membolehkan sejumlah besar ahli perniagaan bergerak dengan pantas dan lebih mudah dalam rantau Asia Pasifik.
Sebagai peserta penuh, Russia kini akan membenarkan pemegang kad ABTC dari ekonomi APEC lain memasuki sempadannya tanpa Visa, demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh APEC Business Mobility Group.
Ia berkata warga Russia juga layak untuk memohon kad itu bagi menikmati kemasukan mudah ke 18 ekonomi APEC lain yang menyertai skim tersebut tanpa perlu memohon visa berasingan.
Langkah itu adalah sejajar dengan satu dikri yang dibuat oleh Presiden Vladimir Putin tahun lepas semasa Russia menjadi tuan rumah APEC yang mengumumkan hasrat negara tersebut untuk menyertai sebagai peserta penuh skim ABTC.
"Mereka yang memohon Kad Pelancongan Perniagaan APEC selepas 1 Jun, 2013, permohonan pra-pelepasan mereka akan terus ke Russia untuk dipertimbangkan," jelas Vladimir Kristov, pakar konsulat di Kementerian Hal Ehwal Luar Russia.
"Pemegang kad sedia ada atau mereka yang memohon kad sebelum 1 Jun, 2013, yang mahu mendapatkan pra-pelepasan ke Russia mesti menyerahkan permohonan kepada negara mereka sebelum diusulkan kepada Russia.
"Jika diluluskan, pemegang kad akan memerlukan pengeluaran kad baharu dengan perkataan "RUS" tertulis di belakangnya," katanya.
Ketika ini terdapat lebih 120,000 pemegang kad ABTC yang aktif.
Pada masa ini ia hanya terhad kepada pemohon dari ekonomi anggota APEC.
Topic Berkaitan
#abtc
#APEC
#Russia
#Visa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan