KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah pada Selasa menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan pelabur bagi pelaksanaan tiga projek bernilai kira-kira RM4.3 bilion.
Pemeteraian dokumen itu disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dengan MoU pertama antara Yayasan Sabah dengan Pavilion Kota Kinabalu Sdn Bhd bagi projek bandar raya dikenali sebagai Pavilion Harbour City dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan sebanyak RM2 bilion.
Pembangunan di kawasan daratan seluas 30 ekar (12 hektar) bersebelahan Sabah International Convention Centre (SICC) dan dijangka siap dalam tempoh 10 tahun itu merangkumi pembinaan kediaman, restoran tepi laut, pasar nelayan, penginapan hotel mewah, lokasi peranginan serta aktiviti rekreasi.
Pada majlis itu Yayasan Sabah diwakili oleh Pengarahnya Datuk Seri Gulamhaidar Khan Bahadar manakala Pavilion Kota Kinabalu Sdn Bhd diwakili oleh Pengarahnya Jameson Pias.
MoU kedua pula dimeterai oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah dan sebuah syarikat pelaburan China, SBH Kibing Solar New materials (M) Sdn Bhd (SBH Kibing) bagi melaksanakan projek pemprosesan pasir silika dan pengeluaran panel solar yang menelan perbelanjaan RM2 bilion dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2024.
Dokumen tersebut ditandatangani oleh Setiausaha Tetap kementerian Thomas Logijin manakala SBH Kibing diwakili oleh Presidennya Lin Hai.
MoU ketiga membabitkan Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah yang diwakili oleh Setiausaha Tetapnya Datuk Mariana Tinggal dan Borneomed Sdn Bhd yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Fauzi bagi projek Ladang Herba Bersepadu Sabah dengan pelaburan bernilai RM350 juta.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis tersebut, Hajiji menyifatkan pemeteraian MoU itu sebagai petanda baik bagi melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi Sabah.
"Projek berkenaan akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan saya difahamkan bahawa satu projek berkenaan mampu mewujudkan 2,000 hingga 3,000 peluang pekerjaan.
"Ini membolehkan rakyat Sabah tidak perlu mencari kerja di tempat lain dengan ramai di antara mereka mencari kerja di Semenanjung khususnya di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor Baharu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 18 2022
Hajiji Noor (tiga, kanan) menyaksikan majlis menandatangani MoU bagi projek pembinaan Pavilion Harbour City di SICC. - Foto BERNAMA
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Miskin tegar Sabah menurun kepada 12,555 setakat 31 Mac - Hajiji
Kadar kemiskinan tegar di Sabah menurun kepada 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 31 Mac lepas.
Penubuhan Pusat Jantung Negara di Sabah bukti keprihatinan Kerajaan Persekutuan - Hajiji
Komitmen kerajaan Persekutuan bagi mewujudkan Pusat Jantung Negara di Sabah bukti keprihatinan dalam memastikan kebajikan rakyat terpelihara.
Sabah pantau kesan letusan Gunung Ruang, keselamatan rakyat diutamakan - Hajiji
Kerajaan Sabah akan memantau kesan letusan gunung berapi Gunung Ruang di Indonesia dan menegaskan bahawa keselamatan rakyat menjadi keutamaan.
Pemergian Joseph Kurup: Sabah kehilangan pemimpin luar biasa - Hajiji
Dalam masa sama, Hajiji mengucapkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.
Hajiji gesa lebih banyak perkongsian awam-swasta untuk lindungi kepelbagaian biodiversiti hutan Sabah
KRCP membuktikan bagaimana sektor awam dan swasta boleh bekerjasama secara berkesan melalui penglibatan dan pemerkasaan masyarakat setempat.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Sabah rancang jadikan Pulau Gaya sebagai tarikan pelancong - Hajiji
Kerajaan negeri bercadang untuk mengindahkan Pulau Gaya dan menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Sabah sedia peruntukan RM131 juta pembangunan sekolah agama Islam dan masjid - Hajiji
Hajiji berkata kerajaan negeri amat komited dengan program-program yang berkaitan dengan pembangunan syiar Islam di Sabah.
Miskin tegar Sabah berkurangan kepada 13,172 ketua isi rumah - Hajiji
Setakat bulan lepas, hanya sekitar 600 KIR dalam kumpulan miskin tegar direkodkan di Tuaran, berbanding 1,000 KIR pada tiga tahun lepas.
Deretan binaan papan tanda 'Sabah Maju Jaya' tak ubah kehidupan rakyat - Bung Moktar
Bung Moktar mahu Hajiji melihat rakyat kini berdepan dengan pelbagai masalah termasuk isu infrastruktur membabitkan bekalan air.