KOTA KINABALU: Pelaburan langsung asing (FDI) Sabah dijangka melepasi paras RM7 bilion pada tahun ini.
Bermula Januari hingga Ogos, Sabah mencatatkan kemasukan pelaburan asing sebanyak RM5.1 bilion berbanding RM4.4 bilion pada Jun tahun lalu.
Ia sekaligus menjadikan Sabah negeri ketiga yang mencatatkan kutipan pelaburan asing tertinggi di Malaysia.
Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, kerajaan negeri akan terus mempermudahkan laluan pelaburan asing untuk terus masuk ke dalam negeri itu selain akan terus konsisten dengan pendekatan mesra pelabur.
"Saya telah menegaskan dari awal bahawa kami mahu menjadi mesra pelabur dan akan memudahkan semua urusan untuk kemasukan pelaburan", kata Hajiji di dalam satu kenyataan media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama delegasi Majlis Duta-Duta Arab ke Malaysia.
Sementara itu, Duta Yaman ke Malaysia, Dr Adel Mohamed Ali Ba Hamid di dalam ucapannya menyatakan kesediaan negara itu berganding tangan dengan kerajaan negeri bagi menghadapi kesan pasca pandemik COVID-19.
“Selepas COVID-19 melanda seluruh dunia, kami percaya ini masanya untuk kita berganding bahu dan saling membantu dalam mengatasi kesan wabak tersebut,” kata Adel.
Beliau berkata demikian sebagai justifikasi terhadap keputusan rombongan Majlis Duta-Duta Arab menjelajah ke seluruh Malaysia termasuk negeri Sabah bagi mencari peluang untuk melabur.
Untuk rekod, negara-negara Arab seperti Qatar dan Arab Saudi mempunyai hubungan dagang yang menarik dengan Malaysia.
Pada tahun ini, Malaysia mencatatkan pertumbuhan jumlah perdagangan dengan negara Qatar sebanyak 130.2 peratus, iaitu RM2.87 bilion berbanding RM1.25 bilion pada tahun lepas dalam tempoh yang sama.
Manakala, jumlah perdagangan di antara Malaysia dan Arab Saudi meningkat sebanyak 116.7 peratus, iaitu RM16.98 bilion berbanding RM7.84 bilion pada tahun lepas bagi tempoh yang sama.
Abdul Hafiz Mustadi
Sat Aug 20 2022
Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, kerajaan negeri akan terus mempermudahkan laluan pelaburan asing untuk terus masuk ke dalam negeri itu. - Foto fail/BERNAMA
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Bursa Malaysia ditutup tinggi akhiri penurunan enam hari, indeks komposit naik 0.29 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan aktiviti belian semasa harga rendah selepas penurunan selama enam hari.
Sektor tenaga hijau mampu tarik pelaburan langsung asing ke Malaysia
"Kerajaan harus menyedari bahawa permintaan dunia kini bergerak ke arah penyelesaian yang lebih mesra alam."
MCMC jalin kerjasama dengan tiga pihak, tangani cabaran penjagaan kesihatan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalinkan kerjasama strategik dengan tiga pihak dari luar negara bagi menangani cabaran penjagaan kesihatan.
NRES giat bangunkan Dasar Mineral Negara Ketiga - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mempergiat usaha memperkukuh kawal selia bagi industri mineral menerusi kerangka Dasar Mineral Negara 3 (DMN3).
Strategi pelbagai hala kerajaan seimbangkan disiplin fiskal, pertumbuhan ekonomi - MIER
Strategi pelbagai hala oleh kerajaan memperlihatkan tumpuan kepada konsolidasi fiskal di samping menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan jaringan keselamatan sosial.
Perkongsian awam-swasta penting, pacu ekonomi digital ASEAN - CEO MDEC
Perkongsian awam-swasta (PPP) berperanan penting dalam membentuk masa depan ASEAN, khususnya untuk memacu ekonomi digital ke hadapan kerana sektor itu merupakan tulang belakang kemajuan.
Pelaburan domestik kukuh, sumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara - PM Anwar
Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh bukan semata-mata didorong oleh pelaburan langsung asing (FDI) tetapi turut disumbang oleh pelaburan domestik.
Peralihan tenaga bersih di KHTP boleh jadi teladan taman perindustrian lain
Usaha peralihan tenaga bersih yang dilaksanakan di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) boleh dijadikan contoh kepada taman teknologi perindustrian di seluruh negara.
Sektor perkhidmatan kekal dominasi ekonomi Melaka - Ab Rauf
Sektor perkhidmatan kekal mendominasi ekonomi Melaka dengan menyumbang sebanyak 51.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Pertumbuhan ekonomi Malaysia mampu melebihi sasaran 5.0 peratus pada 2024 - MIER
Pertumbuhan itu akan didorong oleh kestabilan politik, asas-asas makro, aliran masuk FDI dan pelaburan yang direalisasikan.