Harga saham Gamuda Bhd di Bursa Malaysia menyaksikan aliran positif dalam dagangan pagi ini, susulan laporan bahawa kumpulan itu muncul sebagai pembida tertinggi sebanyak S$318.89 juta (RM963.05 juta) bagi sebidang tanah berkeluasan 51,411.9 meter persegi di Anchorvale Crescent, Singapura.
Pada 10.34 pagi ini, kaunter saham itu naik satu sen kepada RM3.43 dengan 436,900 saham saling berpindah tangan.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Gamuda berkata tender itu disertai bersama Real Estate (7) Pte Ltd manakala tanah itu dicadangkan untuk projek pembangunan kondominium eksekutif.
Menerusi satu nota penyelidikan hari ini, Public Investment Bank Bhd berkata jika bidaan itu berjaya, ini merupakan projek kedua kumpulan tersebut di Singapura selepas GEM Residences yang terletak di Toa Payoh.
"Kami dimaklumkan bahawa GEM Residences telah dijual sepenuhnya. Usaha pembiayaan bukanlah satu masalah berikutan tunai kasar semasa Gamuda adalah sekitar RM960 juta selain pulangan tunai yang akan diterima susulan jualan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd pada harga RM1 bilion.
"Sekiranya kerjasama (di Singapura) itu melibatkan kepentingan 50 peratus, kami jangkakan kumpulan itu perlu mengeluarkan sekitar RM100 juta tunai bagi ekuiti 20 peratus manakala selebihnya dalam bentuk pembiayaan bank.
"Sementara menunggu penjelasan lebih lanjut, (unjuran) pendapatan Gamuda masih tidak berubah setakat ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 19 2018
Jika bidaan itu berjaya, ini merupakan projek kedua Gamuda di Singapura selepas GEM Residences yang terletak di Toa Payoh.
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
Indeks utama Bursa Malaysia turun 0.42 peratus susulan pengambilan untung
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.69 mata atau 0.42 peratus kepada 1,575.97 daripada paras penutup 1,582.66 pada Isnin.
Lelaki berpedang serang orang awam di London, lima cedera
Dalam insiden yang berlaku pada jam 7 pagi waktu tempatan, lima mangsa termasuk dua pegawai polis dikejarkan ke hospital berdekatan susulan serangan berkenaan.
Letusan Gunung Ruang: Operasi Lapangan Terbang Sam Ratulangi dihentikan sementara
Abu akibat letusan itu memenuhi kawasan lapangan terbang, dengan penumpang dilihat memakai topeng muka.
‘Saya berdoa agar tuhan satukan kami'
Kelahirannya di dunia disambut tanpa pelukan erat kedua orang tuanya. Kezaliman berterusan tentera rejim zionis sekaligus mengubah takdir hidup bayi Palestin yang diberi nama Yehia Hamuda ini. Malah dia yang belum mengenal erti dunia, kini dilindungi di hospital al-Emirati di Rafah.
Kastam patahkan hampir 2,000 cubaan menyeludup, sita barangan bernilai RM350 juta setakat Mac
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mematahkan 1,856 cubaan penyeludupan melibatkan pelbagai barangan membabitkan nilai cukai RM350 juta setakat Mac lepas.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
Daftar Pemilih Tambahan Mac 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Mac 2024 (DPT BLN3/2024) telah diperaku dan diwartakan hari ini, dan semakan dibuka selama 30 hari sehingga 29 Mei ini.
'Harga purata pangsapuri baharu Malaysia cecah RM582,887 pada suku pertama'
Harga purata bagi pangsapuri baharu di Malaysia mencecah RM582,887 pada suku pertama 2024 manakala purata harga jualan bagi kediaman sekunder bernilai RM521,614.
Bidaan projek pembelian bekalan elektrik hijau ke Singapura dibuka
PETRA memaklumkan proses bidaan itu dilaksanakan menerusi platform Energy Exchange Malaysia (ENEGEM).
Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026
Singapura memutuskan kata akhir untuk tidak membuat sebarang bidaan dalam menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026.
Turki lulus usul bidaan Sweden jadi anggota NATO
Kelulusan ini dianggap langkah penting ke arah perluasan pakatan strategik itu selepas tertangguh lebih 19 bulan.
Bidaan jam Rolex Zulkifli ditutup pada harga RM135,000
Harga permulaan bidaan jam tangan mewah pemberian Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud itu adalah sebanyak RM40,000.
Bidaan jam Rolex Zulkifli cecah RM130,000
Menerusi ruangan komen di Instagram, nilai bidaan tertinggi itu adalah jumlah yang dicatatkan setakat jam 9.31 malam Isnin.
Piala Dunia Wanita: AS, Mexico tunjuk minat anjur edisi 2027
Piala Dunia Wanita: AS, Mexico tunjuk minat anjur edisi 2027
UK, Ireland hantar bidaan anjur Euro 2028
Secara keseluruhan, sebanyak 10 stadium disenaraikan dalam bidaan itu, termasuk Stadium Wembley.
Pembelian Manchester United: Sheikh Jassim, Ratcliffe hantar bidaan kedua
Kedua-dua pihak dijangka meningkatkan tawaran awal mereka selepas tarikh akhir penyerahan dilanjutkan oleh bank Raine yang bertindak sebagai pihak ketiga membantu penjualan kelab itu.
Ratcliffe tak sanggup penuhi harga mengarut beli Manchester United
Ratcliffe menegaskan bahawa dia tidak akan membayar harga yang tidak masuk akal demi menguasai Manchester United.
JPJ Kelantan kutip RM3.6 juta hasil bidaan nombor pendaftaran DEN
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mencatatkan kutipan RM3.26 juta hasil bidaan siri pendaftaran DEN dalam tempoh lima hari.