awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Canselor Jerman sifatkan Paris sebagai inspirasi besar untuk bida tuan rumah Olimpik

Bernama
Bernama
10/08/2024
01:40 MYT
Canselor Jerman sifatkan Paris sebagai inspirasi besar untuk bida tuan rumah Olimpik
Olaf bersama isteri Britta Ernst ketika menyaksikan acara olahraga di Sukan Olimpik Paris 2024. - Foto AP
PARIS: Canselor Jerman Olaf Scholz memuji Perancis sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Paris, dengan menyatakan bahawa penganjuran temasya sukan itu kali ini memberikan galakan kepada negaranya untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik sekali lagi pada masa depan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Scholz melawat Sukan Olimpik Paris yang berlangsung sehingga Ahad selepas Kerajaan Jerman menyokong bidaan masa depan, terutamanya untuk tahun 2040, yang merupakan 50 tahun selepas penyatuan semula Jerman.
"Ia adalah semangat kecemerlangan Olimpik, keadilan dan kerjasama. Itu sangat penting apabila anda hidup di dunia ini," kata Scholz pada Jumaat semasa lawatan ke kelab Olimpik Jerman di Paris.
Itulah sebabnya saya gembira dengan apa yang dapat kami alami di sini dan berharap ia sedikit sebanyak 'berjangkit'.
Seperti yang anda tahu, adalah rancangan kami untuk sekali lagi menumpukan perhatian pada Sukan Olimpik di Jerman. Dalam hal ini, ia adalah inspirasi besar yang kami alami bersama di sini. Apa yang telah dicapai di Paris benar-benar hebat," katanya.
Jerman pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun 1936 di Berlin semasa era Nazi dan 1972 di Munich, serta Sukan Olimpik Musim Sejuk 1936 di Garmisch-Partenkirchen.
Beberapa bidaan selepas itu gagal, dan percubaan dari Munich untuk Sukan Salji dan Ais 2022 serta Hamburg untuk edisi 2024 dihentikan oleh referendum.
-- BERNAMA
Ikuti perkembangan terkini atlet Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 di sini
Topic Berkaitan
#Sukan Olimpik Paris 2024
#Olaf Scholz
#bidaan
#Olimpim 2040
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan